Pendaftaran online: Ahli baharu UMNO cecah 3,700 dalam sehari

3 jam lalu · Politik

UMNO mencatat lonjakan keahlian baharu apabila seramai 3,716 individu mendaftar dalam tempoh kurang 24 jam selepas sistem pendaftaran dalam talian diperkenalkan.

Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sambutan itu didominasi golongan muda yang merangkumi 65 peratus daripada jumlah keseluruhan atau 2,413 orang.

Kategori ahli biasa pula mencatat 818 orang, diikuti Wanita seramai 248 orang dan Puteri 237 orang.

Beliau memaklumkan setiap permohonan diteliti secara langsung sebaik sistem itu mula digunakan.

“Balik dari masjid pagi ini, saya semak sistem dashboard keahlian dan ambil masa untuk perhalusi serta meluluskan setiap permohonan.

“Letih juga tapi menyeronokkan kerana tak sampai 24 jam, sudah 3,716 ahli baharu mendaftar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Perkembangan ini susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang meluluskan pindaan peraturan bagi membolehkan pendaftaran keahlian dibuat secara dalam talian.

Langkah itu diambil bagi memudahkan kemasukan ahli baharu, khususnya dalam kalangan generasi muda yang semakin aktif di platform digital.

Menurut Asyraf, keputusan berkenaan dibuat selepas tinjauan oleh sayap Pemuda dan Puteri mendapati kira-kira 2,800 anak muda menunjukkan minat untuk menyertai parti tersebut dalam tempoh dua minggu lalu.

Inisiatif digital itu dilihat sebagai usaha memperbaharui pendekatan parti dalam mendekati generasi baharu yang lebih cenderung kepada proses pantas dan mudah.

Beliau turut menyifatkan peningkatan mendadak itu sebagai petanda positif terhadap minat golongan muda terhadap politik serta hala tuju parti.

“Terima kasih kepada semua yang sudi bersama dalam perjuangan ini,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid tolak dakwaan PRN ditangguh kerana takut kalah
21 jam lalu· Politik
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
April 19, 2026· Politik
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
April 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Cadangan tangguh PRN perlu dinilai secara realistik: Fuziah
April 21, 2026 · Politik
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
21 jam lalu · Politik
Aktivis dan penyokong PKR berkumpul desak pengunduran Rafizi
21 jam lalu · Politik
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
April 20, 2026 · Politik
DAP akan muktamadkan hala tuju politik semasa Kongres Khas 12 Julai
April 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok