Amanah nafi kaitan isu dana zakat, gerak ahli buat laporan polis

April 25, 2026 · Politik

Parti Amanah menggesa ahlinya di seluruh negara membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun Facebook yang didakwa menyebarkan tuduhan mengaitkan parti itu dengan kes penyelewengan dana zakat yang sedang disiasat pihak berkuasa.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata dakwaan yang tular di media sosial itu tidak berasas dan merupakan fitnah yang boleh mengelirukan masyarakat serta mencetuskan kebencian terhadap parti berkenaan.

“Tindakan ini diambil kerana hantaran-hantaran tersebut jelas mencemar nama baik Amanah yang berpegang teguh dengan prinsip integriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan cubaan mengaitkan parti itu dengan siasatan dana zakat merupakan usaha untuk memburukkan imej Amanah yang selama ini memperjuangkan nilai Islam.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Kes tersebut mencetuskan perhatian ramai susulan jumlah yang besar serta implikasinya terhadap pengurusan dana kebajikan umat Islam.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz menegaskan siasatan yang dijalankan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Amanah, yang merupakan salah satu parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan.

“Mengaitkan Amanah dalam isu ini adalah tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu kepercayaan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang terlibat, termasuk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 5 Akta Fitnah 1957, Seksyen 501 serta Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, Amanah telah mengarahkan pasukan peguamnya untuk memulakan tindakan sivil terhadap individu yang dikenal pasti menyebarkan fitnah tersebut. Laporan juga akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan kandungan berunsur fitnah itu dapat dikawal daripada terus tersebar.

Berita berkaitan
SPRM sahkan panggil Rafizi beri keterangan Isnin
May 2, 2026· Isu semasa
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
13 jam lalu· Politik
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026· Politik
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
April 28, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PKR lancar sistem AI ‘TERAS’ sebagai persediaan hadapi pilihan raya
May 2, 2026 · Politik
UMNO sudah bangkit dan lebih stabil sekarang: Khairy
May 2, 2026 · Politik
UMNO sasar masa depan lebih kukuh: Zahid
May 2, 2026 · Politik
UMNO cuba paksa buat PRU awal guna alasan krisis NS: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Akmal cabar pecat semua menteri dan timbalan dari UMNO dalam kerajaan
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok