Kes SRC Najib: AGC beri penjelasan berhubung DNAA tiga pertuduhan

June 20, 2025 · Politik

Dakwaan pihak tertentu yang mengatakan ‘pendakwaan cacat’ terhadap kes bekas Perdana Menteri, Najib Razak dinafikan Jabatan Peguam Negara (AGC).

AGC dalam kenyataan memberi respon terhadap kritikan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib bersabit baki tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta dana yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd.

Ujarnya, badan itu mengambil langkah memohon penangguhan untuk menyiapkan dokumen sejak 2019 kerana kes berkenaan memerlukan pemakaian sebahagian dokumen material yang sama dengan perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International (kes SRC pertama).

“Prosiding kes SRC International yang pertama masih berjalan ketika itu di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sehingga selesai sepenuhnya pada 31 Mac 2023.

“Dalam masa yang sama prosiding perbicaraan 1MDB sudah bermula, prosiding SRC pertama masih belum selesai,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambahnya, memandangkan dokumen berkenaan adalah material untuk perbicaraan SRC kedua, pihak pendakwaan tiada pilihan lain kecuali terpaksa menunggu sehingga dokumen material berkenaan diperolehi iaitu sehingga prosiding perbicaraan kes 1MDB selesai.

Kelewatan itu bukan disengajakan tetapi adalah untuk memastikan integriti dokumen sebagai keterangan dalam perbicaraan sentiasa terpelihara.

“Perlu ditekankan bahawa dokumen material tersebut telah tersedia namun sedang digunapakai sebagai keterangan dalam perbicaraan 1MDB yang sedang dibicarakan.

“Pihak pendakwaan memohon untuk diberikan masa agar dapat mengumpulkan kesemua dokumen material berkenaan untuk dikemukan sebagai bukti dan keterangan dalam perbicaraan kes SRC kedua,” jelasnya lagi.

Namun begitu katanya, AGC tetap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dan akan meneliti serta mempertimbangkan semua aspek sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memutuskan Najib diberikan DNAA daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana SRC.

Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan walaupun selepas enam tahun pertuduhan dikemukakan.

Berita berkaitan
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
12 jam lalu· Politik
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
12 jam lalu· Isu semasa
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
10 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
11 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
15 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
15 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok