PAS sasar kerusi Muar, mahu singkirkan Syed Saddiq

8 jam lalu · Politik

PAS Johor menyatakan hasrat untuk merampas kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sekali gus menamatkan penguasaan penyandangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed, berkata persiapan jentera parti kini diperkukuh lebih awal bagi menghadapi persaingan yang dijangka sengit, khususnya di negeri Johor yang menjadi tumpuan banyak parti.

“Kita sudah mula susun gerak kerja dari sekarang. Sasaran kita jelas, kita mahu ambil semula Parlimen Muar,” katanya ketika berucap pada ceramah di Parit Tarom.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh isu peribadi melibatkan Syed Saddiq dengan mendakwa Ahli Parlimen itu lebih memberi perhatian kepada hal luar politik.

“Kita nak rampas Parlimen Muar daripada wakil rakyat yang dilihat lebih sibuk dengan perkara lain berbanding kebajikan rakyat,” katanya.

Program tersebut turut disempurnakan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor yang melancarkan jentera pilihan raya Johor sebagai simbol kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah pimpinan parti komponen Perikatan Nasional (PN) di peringkat negeri.

Kerusi Parlimen Muar menjadi perhatian sejak PRU-14 apabila Syed Saddiq, yang ketika itu bertanding di bawah Parti Bersatu, mencipta kemenangan sebagai antara ahli Parlimen termuda negara.

Pada PRU-15, beliau mempertahankan kerusi tersebut di bawah platform parti MUDA dalam persaingan pelbagai penjuru.

Berita berkaitan
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
3 jam lalu· Politik
Akmal tempelak Sanusi selepas digelar ‘budak catur’
April 26, 2026· Politik
Siti Mastura kalah rayuan, perlu bayar ganti rugi kepada pemimpin DAP
April 24, 2026· Politik
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
April 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
April 27, 2026 · Politik
Krisis Negeri Sembilan: PKR minta jaga BN semangat dalam Kerajaan Perpaduan
3 jam lalu · Politik
Tidak bubar DUN buat masa ini, Aminuddin terus tadbir negeri
3 jam lalu · Politik
Tindakan UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan demi prinsip: Akmal
6 jam lalu · Politik
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok