Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi.
KAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan sikap DAP yang didakwa tidak bersetuju dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan susulan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu.
Menurut Puad, tindakan mempertahankan kerajaan negeri yang kini berstatus minoriti bercanggah dengan prinsip demokrasi yang sering diperjuangkan parti tersebut.
“Sepatutnya PH (Pakatan Harapan), khususnya DAP sebagai pendokong demokrasi, rasa malu kerana mempertahan kerajaan minoriti. Isunya ialah, kenapa takut bubar DUN,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Kenyataan itu hadir selepas Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook, dilaporkan menyatakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan baharu melalui kaedah ‘tebuk atap’.
Mengulas perkara itu, Puad menyifatkan pendedahan tersebut sebagai tidak mengejutkan.
Beliau turut menegaskan pendirian 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional adalah jelas, iaitu hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.
“Ia bukan bertujuan untuk tubuh kerajaan tebuk atap. Mereka cuma hilang kepercayaan,” katanya.
Pada masa sama, Puad membangkitkan persoalan mengenai tindakan DAP sekiranya menarik sokongan dalam kerajaan Persekutuan.
“Tidakkah itu juga hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri? Ia boleh menyebabkan pilihan raya perlu diadakan,” ujarnya.
Kemelut ini tercetus apabila Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Jalaluddin Alias, bersama 14 ADUN UMNO mengumumkan penarikan sokongan terhadap Aminuddin secara serta-merta, dengan alasan krisis tersebut boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri.
Bagaimanapun, kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar masih kekal setakat ini selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menasihatkan agar pentadbiran negeri diteruskan seperti biasa.
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar