Agong bertitah anugerah kebesaran diberi kepada individu yang layak

June 2, 2025 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan bukan untuk dibeli atau dilobi, sebaliknya hanya diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta berjasa kepada kerajaan dan negara.

Sultan Ibrahim bertitah walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertimbangkan, Seri Paduka Baginda tetap akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan.

“Mengikut telek pandang saya, hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara, wajar untuk diperkenankan. Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut. Walaupun, ada pihak yang melobi, saya tidak akan layan.

“Pangkat Datuk dan Tan Sri bukan untuk dibeli. Kalau ada yang banyak sangat duit, buatlah amal jariah, bantu orang miskin yang memerlukan,” titah Seri Paduka Baginda.

Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah penerima yang berjaya pada hari ini seharusnya menghargai dan berbangga dengan anugerah yang dikurniakan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta barisan Menteri Kabinet.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh negara atas ucapan tahniah serta doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah Seri Paduka Baginda dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai Ketua Negara.

“Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan semua acara sempena sambutan Hari Keputeraan saya pada tahun ini.

“Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia tercinta ini sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati, kekal aman, maju dan makmur,” titah Seri Paduka Baginda. – Bernama

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
12 jam lalu· Politik
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
12 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
17 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
18 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
18 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok