Ahli MT UMNO puji tindakan Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan

May 29, 2025 · Politik

Langkah berani dua menteri PKR meletak jawatan mendapat pujian seorang pemimpin tertinggi UMNO yang disifatkannya sebagai manifestasi politik matang dan beretika.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Sharkar Shamsudin berkata, tindakan tersebut seharusnya menjadi contoh kepada semua pemimpin, bukan sahaja dalam parti PKR tetapi juga dalam semua parti politik di Malaysia.

“Keputusan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, malah telah membuka lembaran baru dalam budaya politik tanah air iaitu satu budaya berasaskan akauntabiliti, prinsip, dan integriti.

“Dalam suasana politik yang sering dicemari dengan perebutan kuasa, keengganan melepaskan jawatan, serta budaya “melekat pada kerusi”, tindakan dua tokoh muda ini benar-benar melangkaui kebiasaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tindakan kedua-dua mereka disifatkan Sharkar sebagai ‘gentlemen‘ kerana memilih untuk menghormati suara akar umbi dengan mengundurkan diri.

Katany, kedua-duanya mereka menghantar mesej jelas bahawa kepimpinan perlu datang daripada mandat dan bukan sekadar keinginan peribadi.

“Dalam hal ini, Rafizi dan Nik Nazmi telah menunjukkan bahawa kalah tidak bererti lemah, dan berundur tidak bererti menyerah.

“Sebaliknya, ia memperkukuh prinsip dan membuka ruang untuk refleksi serta kembali dengan lebih kukuh jika diizinkan masa dan takdir,” katanya lagi.

Hari ini, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri kabinet dan telah menghantar surat perletakan jawatan serat permohonan cuti kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Menurut Rafizi, pengundurannya daripada Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini, manakala Nik Nazmi memaklumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa 4 Julai depan.

Berita berkaitan
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
3 jam lalu· Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
3 jam lalu· Politik
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
4 jam lalu· Isu semasa
Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu tetap teguh walau ditinggalkan PAS: Azmin
4 jam lalu · Politik
Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor
4 jam lalu · Politik
Bersatu kecewa PAS tamatkan kerjasama, tetap kekal dalam PN: Muhyiddin
5 jam lalu · Politik
Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Politik
UMNO kena hati-hati dengan PAS, jangan masuk ‘lubang biawak’ lagi: Puad
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok