Akmal puji Zahid selepas minta maaf akui kesilapan dalam isu ‘malaikat’

July 9, 2025 · Politik

Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan tindakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf perlu diberikan pujian kerana mengakui kesilapan dilakukannya dalam isu mengibaratkan malaikat pun tidak mampu menjadi presiden parti itu.

Ketua Pemuda UMNO itu mengulas permohonan maaf dibuat Zahid susulan tular kenyataan melibatkan ‘malaikat’ semasa berucap dalam satu program politik baru-baru ini sehingga menerima kecaman daripada orang ramai.

Akmal berkata, sebagai manusia biasa Zahid juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Terima kasih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Tetapi bukan mudah untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf. Hanya yang berjiwa besar sahaja mampu melakukannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Akmal turut memuatkan kenyataan Ahmad Zahid yang memohon maaf di media sosialnya.

Semalam, Zahid menjelaskan kenyataannya itu diucapkannya dalam suasana penuh emosi namun mengakui perbandingan yang dibuatnya telah mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir.

Zahid mengimbas kembali saat selepas tewasnya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2018 dan berkata ramai yang bertindak lari daripada UMNO hanya kerana sedikit ujian.

“Allah nak uji sedikit saja, dah lari. Itu belum diuji 47 pertuduhan, itu belum (ujian) dibekukan harta UMNO, belum dirampas harta UMNO.

“Ditakdirkan jika Allah memerintahkan malaikat untuk menjadi presiden (UMNO), malaikat pun ‘lari malam’, tapi tidak Zahid Hamidi yang tetap mempertahankan UMNO,” katanya seperti dirakam dalam video tersebut.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu· Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
16 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
17 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok