Akmal sindir Amanah ‘back up’ abang besar dalam isu bendera terbalik

August 19, 2025 · Politik

Dr. Akmal Saleh menegaskan bahawa tindakannya mempertahankan maruah Jalur Gemilang tidak bersifat perkauman seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Ketua Pemuda UMNO itu membidas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad, yang menyifatkan tindakannya sebagai cubaan mengapi-apikan sentimen perkauman untuk populariti.

“Adakah mempertahankan Jalur Gemilang kini dianggap rasis? Sila semak kenyataan saya tiada satu pun unsur perkauman.

“Himpunan kami dihadiri pelbagai bangsa sebagai tanda solidariti,” tegas Akmal dalam kenyataan.

Akmal juga menyindir Amanah yang dilihat cuba mempertahankan abang besar mereka iaitu DAP yang sebelum ini banyak mengkritiknya dalam isu bendera terbalik.

“Saya faham, mereka perlu ‘back up’ abang besar (merujuk kepada pemimpin tertentu).

“Kenapa tidak disebut rasis apabila ada yang mempertahankan orang yang sengaja menghina bendera kita?” ujarnya lagi.

Terdahulu, Khalid dalam kenyataannya mendakwa pendekatan Akmal sudah ketinggalan zaman dan hanya mengalih perhatian rakyat daripada isu penting pembangunan negara.

“Politik perkauman tidak relevan lagi. Rakyat mahukan perpaduan, bukan provokasi. Tragedi 13 Mei sudah 56 tahun berlalu, tetapi masih ada ‘hero-hero jadian’ seperti Akmal yang cuba bangkitkan semangat sempit,” kata Khalid.

Beliau menegaskan kerajaan dan pembangkang perlu fokus menyatukan rakyat, bukan mencipta perpecahan.

“Jangan kerana nak popular, kita sanggup jejaskan perpaduan negara. Dunia sedang maju, janganlah kita sibuk dengan isu bodoh,” tambahnya lagi.

Kontroversi tercetus selepas seorang individu didakwa sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik dan merakamnya.

Akmal kemudian mengadakan himpunan membela maruah bendera kebangsaan, yang disertai pelbagai kaum.

Berita berkaitan
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu· Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok