Albert Tei nafi berkonspirasi dengan Dr Mahathir

December 5, 2025 · Politik

Ahli perniagaan Albert Tei menegaskan tiada sebarang konspirasi atau hubungan rahsia dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, susulan tularnya gambar berdua di media sosial yang menimbulkan pelbagai spekulasi.

Tei, nama sebenar Tei Jiann Cheing, memberitahu gambar yang viral itu sebenarnya dirakam semasa pertemuan pertama dan satu-satunya antara beliau dengan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau mengaku terkejut dengan reaksi ramai yang mencipta pelbagai naratif konspirasi berdasarkan foto tersebut.

“Saya terkejut bila tengok media sosial sampai ada yang kata saya berkonspirasi dengan Tun Dr Mahathir, macam-macam cerita saya baca. Saya boleh bersumpah bahawa hari gambar itu diambil ialah kali pertama saya jumpa beliau,” jelasnya dipetik laporan media.

Menurut Tei, pertemuan ringkas di Yayasan Perdana itu berlangsung kurang daripada satu jam dan bersifat tidak formal.

“Dia langsung tidak bertanya, sebaliknya hanya mendengar penjelasan saya. Lepas berbincang sekejap, saya cuma minta nasihat. Dia cakap saya kena ‘take action’ (ambil tindakan)… itu sahaja,” katanya.

Tei menjelaskan pertemuan itu tidak mempunyai sebarang kaitan politik.

Beliau berjumpa Dr Mahathir atas saranan rakan semata-mata untuk mendapatkan pandangan, dan memilih tokoh itu atas rasa hormat terhadap pengalaman luasnya.

“Saya berjumpa beliau kerana buntu dan menghormati pengalaman serta kewibawaannya. Tun tidak pernah menyuruh saya jumpa sesiapa pun selepas itu,” tegasnya.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
18 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
8 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
8 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
8 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
16 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok