Amanah tak mahu selesa, mula gerak kerja hadapi PRU-16: Mujahid

September 27, 2026 · Politik

Parti Amanah mahu mengenal pasti calon bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) lebih awal sebagai sebahagian usaha memperkukuh persiapan parti menghadapi pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya, Mujahid Yusof Rawa berkata, pengenalan calon lebih awal akan memberi ruang kepada mereka mendekati pengundi selain membolehkan parti menyusun gerak kerja pilihan raya secara lebih sistematik.

Menurut beliau, usaha itu perlu berjalan seiring dengan pengukuhan jentera dan naratif parti bagi memastikan Amanah mampu mempertahankan kerusi sedia ada serta mencapai sasaran menambah jumlah kerusi Parlimen.

“Amanah menyasarkan sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen pada PRU-16 bagi membolehkan parti memainkan peranan lebih besar dalam memperjuangkan kepentingan ummah,” katanya ketika berucap pada pelancaran jentera pilihan raya Amanah Selangor, hari ini.

Mujahid berkata, PRU-16 perlu dilihat sebagai cabaran besar dan anggota parti tidak boleh berada dalam keadaan selesa.

Sebaliknya, beliau menggesa Amanah memperkukuh kekuatan di peringkat akar umbi menerusi penambahan cawangan dan keahlian serta memperkemas jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Beliau turut memberi gambaran mengenai cabaran yang mungkin dihadapi Amanah jika parti gagal memperkukuh sokongan dan jentera menjelang PRU-16.

Katanya, berdasarkan kajian serta simulasi dalaman dalam senario tertentu, hanya kerusi Parlimen Kota Raja yang disandang Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dilihat mempunyai peluang untuk dipertahankan, manakala kerusi lain berdepan cabaran lebih besar.

Mujahid berkata, Amanah juga perlu memperkukuh naratif Islam Rahmatan Lil ’Alamin sebagai teras perjuangan parti bagi meyakinkan pengundi Melayu dan Islam.

Pada masa sama, katanya, perjuangan itu perlu terus mengambil kira hak masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.

Menurut beliau, sokongan pengundi boleh berubah sekiranya mereka melihat sesuatu parti mampu memberi jaminan terhadap keselamatan, masa depan ekonomi dan kepentingan keluarga.

“Anggota akar umbi juga perlu diberi perhatian lebih serius. Pengorbanan dan kebajikan mereka perlu dihargai supaya mereka terus bersama parti,” katanya.

Amanah sebelum ini menggunakan pendekatan politik berteraskan Islam sederhana dengan penekanan terhadap konsep Rahmatan Lil ’Alamin sebagai antara asas perjuangannya.

Berita berkaitan
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
15 jam lalu· Politik
Notis RoS: Mahfuz bidas PAS salahkan kerajaan walhal PN sendiri ada konflik dalaman
September 25, 2026· Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
September 21, 2026· Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
10 jam lalu · Politik
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
12 jam lalu · Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
12 jam lalu · Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
15 jam lalu · Politik
Pemimpin PH-Bersatu bertemu, rundingan PRN Melaka?
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok