Pemimpin PH-Bersatu bertemu, rundingan PRN Melaka?

19 jam lalu · Politik

Pertemuan tertutup antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bersatu di sebuah hotel di Banda Hilir malam tadi mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujudnya usaha awal membincangkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan pertemuan itu bukan rundingan rasmi, sebaliknya sekadar sesi makan malam untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman politik.

“Tak ada. Runding-runding tak ada. Itu level lain. Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membuka pintu rundingan ataupun perbincangan dengan kita, asalkan kita tidak mengorbankan prinsip-prinsip kita,” katanya dipetik laporan media.

Pertemuan itu turut dihadiri beberapa pemimpin utama PH Melaka termasuk Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim; Pengerusi Amanah negeri, Ashraf Mukhlis Minghat dan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong.

Bersatu pula diwakili Tun Faisal, R. Sanjeevan serta Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Mohamad Ali Mohamad.

Kehadiran pemimpin daripada kedua-dua blok politik itu menarik perhatian susulan perkembangan politik Melaka yang semakin rancak selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 23 September lalu.

Pembubaran DUN membuka laluan kepada PRN Melaka yang bakal menyaksikan parti-parti politik menyusun strategi, termasuk rundingan mengenai pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Tun Faisal berkata, Bersatu sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak, namun sebarang kerjasama perlu mengambil kira prinsip perjuangan parti serta kepentingan rakyat dan negeri Melaka.

“Siapa sahaja yang ajak kita berbincang, kita terbuka. Yang penting kita tidak mengorbankan prinsip-prinsip kita dan kepentingan rakyat serta negeri ini,” katanya.

Menurutnya, pertemuan malam itu pada asalnya diadakan secara tertutup dan lebih kepada sesi suai kenal serta pertukaran pandangan antara pemimpin di peringkat negeri.

Beliau turut menjelaskan sebarang rundingan rasmi berkaitan kerjasama politik tidak dibuat dalam pertemuan tersebut dan jika ada perbincangan lanjut, ia perlu dikendalikan di peringkat kepimpinan parti yang berkaitan.

Perkembangan itu hadir ketika semua parti kini mula memperkemas jentera dan strategi menghadapi PRN Melaka, dengan rundingan antara blok politik dijangka menjadi antara perkara utama sebelum keputusan mengenai calon dan pembahagian kerusi dimuktamadkan.

Berita berkaitan
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
13 jam lalu· Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
19 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS tak gentar bertanding solo jika gagal rundingan dengan BN
September 27, 2026· Politik
Logo PAS bukan isu, BN masih runding kerjasama PRN Melaka: Zahid
September 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
16 jam lalu · Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
16 jam lalu · Politik
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
18 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: 10 bekas Exco terima arahan pulangkan kenderaan rasmi
September 28, 2026 · Politik
Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Siti Hasmah
September 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok