Dr Muhamad Akmal Saleh.
Tindakan undang-undang perlu dikenakan secara adil kepada semua pihak yang terlibat dalam isu provokasi agama, termasuk individu yang didakwa menghina simbol keagamaan dan mereka yang bertindak ganas sehingga mengugut serta melakukan serangan.
Ketua Pemuda UMNO Muhamad Akmal Saleh berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya hanya menumpukan tindakan terhadap satu pihak sahaja kerana perbuatan ekstrem seperti mengugut dengan kekerasan, menyerang rumah dan membakar kenderaan jauh lebih berbahaya kepada keselamatan masyarakat.
“Tindakan tegas bukan sahaja perlu dikenakan kepada individu yang memijak trisula, tetapi juga kepada mereka yang bertindak ekstrem dengan mengugut menggunakan kekerasan, menyerang rumah dan membakar kereta orang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tindakan keganasan sedemikian boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat dan perlu ditangani secara tegas oleh pihak berkuasa.
“Jangan lihat sebelah pihak sahaja, pihak yang sebelah sana juga perlu dihukum,” katanya.
Beliau menegaskan penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan secara seimbang bagi memastikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini terus terpelihara.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang sebelum ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didakwa menghina simbol suci agama Hindu dengan memijak trisula.
Syahredzan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai melampau dan tidak boleh diterima dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia kerana berpotensi mencetuskan ketegangan antara agama.
Isu berkenaan mula mendapat perhatian selepas tular sebuah video di media sosial yang didakwa memaparkan seorang individu memijak simbol trisula atau soolam, yang dianggap suci oleh penganut agama Hindu.
Insiden itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat Hindu serta mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan