Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz, spekulasi bubar DUN terus hangat

June 3, 2026 · Politik

Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun ke Istana Hinggap pada Rabu terus mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa terdekat.

Aminuddin tiba di pekarangan istana kira-kira jam 9.05 pagi sebelum meninggalkan lokasi hampir dua jam kemudian pada jam 10.47 pagi.

Turut mengiringinya ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad.

Ketika ditemui pemberita, Aminuddin hanya memberikan reaksi ringkas sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai rutin mingguan biasa.

“Biasa-biasa hari Rabu,” katanya ringkas dipetik laporan media.

Setiap minggu, Aminuddin sememangnya dijadual menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Negeri.

Namun, pertemuan kali ini mendapat perhatian luar biasa susulan desas-desus bahawa DUN Negeri Sembilan mungkin dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Spekulasi tersebut mula bertiup sejak Selasa apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) serta pemimpin parti dilihat hadir ke Kediaman Rasmi Menteri Besar seawal jam 9.30 pagi.

Kehadiran mereka dipercayai berkaitan dengan mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi pembubaran DUN.

Bagaimanapun, Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin menafikan mesyuarat itu berkaitan pembubaran DUN.

Menurutnya, pertemuan berkenaan lebih tertumpu kepada kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH menjelang PRN yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

“Mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dengan semangat keluarga PH Negeri Sembilan. Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH untuk PRN yang bakal menjelang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Untuk rekod, penggal DUN Negeri Sembilan dijadual tamat pada tahun ini dan negeri itu antara enam negeri yang dijangka mengadakan PRN secara berasingan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
23 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
21 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
23 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok