AMK cabar parti Rafizi masuk bertanding PRN Johor

June 2, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Rafizi Ramli supaya membawa Parti Bersama yang ditubuhkannya bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya benar parti baharu itu mendapat sokongan rakyat seperti didakwa.

Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata PRN Johor menjadi medan terbaik untuk Rafizi menguji sendiri sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan politik baharu yang sering dibawanya sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, Rafizi tidak seharusnya hanya lantang menyuarakan idea perubahan politik di pentas ceramah dan media sosial tanpa berani menghadapinya dalam pertandingan sebenar.

“Jika benar Parti Kancil mendapat sambutan luar biasa seperti yang didakwa, inilah masanya untuk membuktikan kekuatan itu secara demokratik, bukan sekadar bermain persepsi di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan rakyat Johor bukan tempat untuk menjadikan eksperimen politik sebagai bahan ujian semata-mata.

“Kalau berani bercakap soal reformasi dan perubahan, beranilah juga berdepan dengan penghakiman rakyat. Jangan jadi jaguh di sidang media tetapi hilang keberanian apabila tiba masa untuk mendapatkan mandat rakyat,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan spekulasi mengenai kemungkinan Parti Bersama yang dikaitkan dengan Rafizi akan menyertai PRN Johor selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan baru-baru ini.

Sebelum ini, Rafizi yang pernah menjadi antara tokoh penting dalam PKR dilaporkan meninggalkan parti tersebut dan menyertai Parti Bersama.

Langkah itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong reformasi serta pemerhati politik yang melihat tindakan berkenaan mampu mengubah landskap politik pembangkang.

Dzul Hilmi berkata, Rafizi sejak sekian lama membina imej sebagai pemimpin yang mempunyai formula dan penyelesaian terhadap pelbagai isu negara, namun kini tiba masanya untuk beliau membuktikan sama ada pengaruh itu benar-benar diterjemahkan kepada sokongan rakyat.

“Kini DUN Johor sudah terbubar. Masuk gelanggang dan bertanding. Buktikan kepada rakyat bahawa Parti Kancil bukan sekadar cerita dongeng, tetapi benar-benar mempunyai taring politik,” katanya.

Berita berkaitan
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok