AMK yakin PH mampu beri saingan sengit di Johor

June 2, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) dilihat berpotensi mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang susulan prestasi memberangsangkan gabungan itu di negeri berkenaan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pencapaian ekonomi dan pembangunan Johor yang semakin pesat hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, keputusan PRU-15 yang menyaksikan PH memenangi 14 kerusi Parlimen di Johor berbanding sembilan kerusi dimenangi Barisan Nasional (bn) membuktikan rakyat kini lebih cenderung membuat penilaian berdasarkan prestasi kerajaan serta hala tuju pembangunan negeri.

“Johor muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia bukan secara kebetulan. Ia hasil kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang berjaya menarik pelaburan global bernilai lebih RM110 bilion,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Johor sebelum ini menjadi antara negeri terawal memperkenalkan pelbagai inisiatif pembangunan berskala besar termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu di selatan tanah air.

Selain itu, projek Rapid Transit System (RTS) Link yang sedang dibangunkan bagi menghubungkan Johor Bahru dan Singapura turut dilihat mampu menyelesaikan isu kesesakan di Tambak Johor yang sekian lama membelenggu rakyat kedua-dua negara.

Danish berkata, kejayaan pembangunan Johor ketika ini memberi manfaat langsung kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan baharu, peningkatan gaji serta pertumbuhan industri berteknologi tinggi seperti pusat data dan ekonomi digital.

Katanya, keyakinan pelabur asing terhadap dasar ekonomi kerajaan turut membantu memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab pelaburan utama negara.

“Jika bukan kerana kestabilan kerajaan dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan, sukar untuk Johor muncul sebagai destinasi utama pelaburan antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menegaskan pelbagai projek pembangunan termasuk usaha menaik taraf infrastruktur sempadan dan projek tebatan banjir juga bergantung kepada sokongan serta kelulusan Kerajaan Persekutuan.

PRN Johor dijangka menjadi antara tumpuan utama landskap politik negara memandangkan negeri itu mempunyai kedudukan strategik dalam ekonomi negara selain sering dianggap kubu tradisi BN.

Bagaimanapun, keputusan PRU-15 menunjukkan perubahan corak sokongan pengundi apabila PH berjaya menambah penguasaan kerusi Parlimen di negeri berkenaan, sekali gus memberi isyarat persaingan lebih sengit pada pilihan raya akan datang.

Danish berkata, rakyat Johor diyakini akan membuat pilihan berdasarkan kemampuan sesebuah kerajaan membawa pembangunan serta menyelesaikan isu harian rakyat.

“Rakyat boleh menilai sendiri siapa yang benar-benar membawa pembangunan, pelaburan dan peluang ekonomi kepada Johor,” katanya.

 

Berita berkaitan
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok