Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail menegaskan tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengundi mana-mana pihak tertentu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Beliau berkata setiap pegawai dan anggota mempunyai hak mutlak untuk membuat pilihan mereka sendiri tanpa sebarang sekatan atau arahan untuk mengundi pihak tertentu.
“Kita percaya kestabilan itu penting, dan saya kaitkan kestabilan politik dengan ekonomi. Namun, terpulanglah kepada pegawai dan anggota untuk mereka pilih.
“Saya percaya mereka begitu bijak untuk memastikan hak mereka mengundi, bukannya berdasarkan arahan daripada saya atau pihak-pihak tertentu,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas bersama petugas PDRM sempena PRN di Dewan Sri Tawau, hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, serta beberapa pegawai kanan polis yang lain.
Mengenai persiapan keselamatan, Mohd Khalid berkata PDRM berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi bagi memastikan PRN berjalan lancar.
Seramai 9,200 pegawai dan anggota telah ditugaskan di seluruh negeri Sabah, termasuk pasukan bantuan dari Semenanjung.
“Kami telah mengenal pasti kira-kira 15 kawasan yang berpotensi ‘panas’ berdasarkan pilihan raya negeri lalu.
“Namun, keadaan semuanya dapat dikawal sepenuhnya dengan kerjasama semua jabatan termasuk Cawangan Khas dan Siasatan Jenayah,” ujarnya.
Sementara itu, menjawab kebimbangan mengenai kemasukan pengundi asing atau isu ‘pengundi hantu’, beliau berkata tiada laporan diterima berhubung isu tersebut setakat ini.
“Setakat ini, tiada sebarang laporan rasmi diterima oleh PDRM berhubung dakwaan tersebut.
“Situasi di Pantai Timur Sabah juga dilaporkan tenang dan terkawal,” ujarnya.
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan