Anwar dedah surat EXCO Kelantan, Terengganu minta kelulusan projek

December 2, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan kewujudan dua surat berasingan daripada ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu yang secara jelas memohon kelulusan projek tertentu, berbeza dengan surat sokongan biasa.

Perdana Menteri menjelaskan perkara itu bagi membezakan antara surat yang meminta ‘pertimbangan’ dan surat yang memohon ‘kelulusan’ rasmi, yang menyalahi peraturan.

Anwar mendedahkan satu surat daripada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, manakala satu lagi daripada EXCO Kelantan.

Surat daripada Terengganu didedahkan selepas beliau diasak oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid.

“Memang saya nyatakan bahawa saya tidak setuju bentuk surat sokongan. Cuma kita harus bezakan. Surat sokongan ini iaitu kes termasuk pegawai di pejabat saya. Jadi, wajar diberi teguran. Tapi adakah harus dipecat kerana surat menyebut “Sila pertimbangkan”? Bukan pasti meluluskan.

“Ini berbeza dengan surat umpamanya, yang menyebut, ‘Saya memohon Datuk Seri mempertimbang kelulusan ke atas perolehan secara rundingan terus.’ Ini tidak boleh. Menyalahi peraturan.

“Ada satu lagi surat, ‘Pihak kami ingin mencadangkan syarikat sekian sebagai syarikat yang menguruskan projek berkenaan… bersama ini lampiran profil syarikat untuk rujukan dan kelulusan. Yang kedua ini, satu dari Kelantan, satu dari Terengganu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata surat sebegini berbeza dengan surat daripada bekas setiausaha politik kanannya yang hanya memohon pertimbangan.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata pegawai yang mengeluarkan surat memohon pertimbangan wajar ditegur, bukan dipecat.

“Tetapi apakah harus dipecat? Kerana surat menyebut ‘sila pertimbangkan’, bukan syor meluluskan,” ujarnya.

Namun, beliau menegaskan tindakan mengeluarkan surat berbentuk sokongan atau meminta kelulusan bagi pihak tertentu adalah satu kesalahan.

“Yang tidak boleh adalah ‘menyokong’ atau meminta supaya syarikat itu diberikan kelulusan,” tegas Perdana Menteri lagi.

Berita berkaitan
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
October 25, 2026· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
15 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
15 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
October 25, 2026 · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
October 25, 2026 · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
October 25, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
15 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok