Anwar gesa henti main sentimen perkauman isu bendera

August 23, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu bendera sebagai bahan untuk mencetuskan ketegangan dan perpecahan kaum di Malaysia.

Perdana Menteri menegaskan menegaskan Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara yang wajib dihormati tetapi ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menghangatkan sentimen perkauman.

“Kadang-kadang ketika negara dalam keadaan aman, ada pihak yang sengaja ingin mencipta permusuhan. Ada yang mengajak bergaduh soal bendera, semua mahu gaduh hingga ada yang menghangatkan suhu perpecahan antara kaum,” tegas Anwar semasa berucap pada Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies Sdn Bhd hari ini.

Anwar menjelaskan tidak memandang remeh kepentingan bendera sebagai simbol kebanggaan negara, dan sebarang kesalahan dalam pengibaran perlu ditangani secara wajar.

“Jangan salah faham, bendera itu tanda lambang kebanggaan negara jadi kena jaga. Jika terdapat kesilapan sama ada di jabatan kerajaan atau swasta, harus ada tindakan, tetapi jangan membuat andaian yang tidak berasas,” jelasnya.

Anwar turut mengingatkan rakyat agar menghargai keamanan negara yang dikecapi sekarang, yang menurutnya bukan datang secara percuma tetapi hasil pengorbanan pasukan keselamatan.

“Negara ini aman kerana pengorbanan pasukan pertahanan kita, tetapi keamanan ini tidak akan kekal lama jika tidak dijaga. Siapa sangka pergaduhan di Myanmar berlarutan dan memberi kesan kepada negara jiran? Kita harus sentiasa bersedia, bukan menggunakan keadaan untuk mengaut kekayaan secara haram,” tegasnya lagi.

Gesaan Anwar dibuat berikutan beberapa insiden kontroversi melibatkan pengibaran Jalur Gemilang yang telah menimbulkan ketegangan dalam masyarakat baru-baru ini.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu· Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
12 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok