Anwar gesa sistem pendidikan diperkukuh, tekankan nilai moral

October 13, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, menegaskan sistem pendidikan negara perlu diperkukuh dengan penekanan terhadap pembentukan nilai moral dan kemanusiaan yang seimbang, dan tidak hanya memfokuskan kepada kecemerlangan akademik semata-mata.

Perdana Menteri berkata sistem pendidikan yang diwarisi kini terlalu terikat dengan pola pemikiran Barat yang menekankan aspek material dan penguasaan modal tanpa penilaian mendalam terhadap dimensi moral.

“Kita mewarisi satu sistem pendidikan dan pemahaman ekonomi terikat dengan pola pemikiran para ekonomi Barat,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini,

Menurut Anwar, jika pemikiran Barat dijadikan rujukan, ia perlu difahami secara menyeluruh dan bukannya secara selektif.

“Kalau pun nak ambil di Barat, ambil keseluruhannya. Kalau dicedok hanya yang dominan pemikirannya iaitu kapitalisme sebagai ideologi, maka kefahaman anak-anak kita akan terpengaruh,” jelasnya.

Menurut Anwar, kelemahan paling ketara dalam sistem pendidikan kini ialah kecenderungan untuk memberi tumpuan kepada pencapaian akademik tanpa ruang yang mencukupi untuk pembentukan nilai.

“Pendidikan hanya berasaskan pengetahuan. Bukan nilai, bukan prinsip moral dan etika. Jadi ada kelemahan,” tegasnya.

Beliau mengaitkan kekurangan penekanan terhadap nilai ini dengan peningkatan masalah sosial di sekolah, seperti buli.

“Ini baru saya umum (Belanjawan 2026) hari Jumaat, umum pasal buli memang… keputusan dah dibuat. Menteri dah sebut. Rogol lagi kat sekolah… Itu saya tekankan masalah buli,” ujarnya.

Anwar menegaskan, pembangunan insan harus bermula daripada sistem pendidikan yang seimbang.

“Pembangunan ini haruslah pertama memacu pertumbuhan, tetapi konsep untuk apa? Untuk pembangunan manusia seutuhnya,” katanya.

Beliau turut menyeru agar sistem pendidikan berpaksikan nilai-nilai murni universal seperti keadilan, ihsan dan keprihatinan.

“Bangunan manusia seutuhnya ditetapkan juga oleh nilai. Bukan materialisme, bukan modal, tapi nilai,” tegas Anwar.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
20 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok