Anwar jawab pihak pertikai usaha bantu Palestin

October 10, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pihak yang mempersoalkan usaha sukarelawan Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan ke Palestin serta membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

Perdana Menteri menegaskan bahawa ketika dunia termasuk Mesir, Qatar, dan Hamas sendiri memberi tumpuan kepada proses perdamaian, rakyat Malaysia sepatutnya menyokong dan mendoakan kejayaan usaha tersebut.

“Rakan-rakan kita sembilan orang itu sedang kita urus dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan kita doakan, insya-Allah mereka akan sampai ke Istanbul.

“Tumpuan satu dunia sekarang ialah memastikan proses perdamaian ini berhasil,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Fathurrahman, Presint 11 hari ini.

“Jadi, saya harap janganlah timbulkan bantahan terhadap lawatan dan sebagainya kerana kita juga merayu kepada Presiden Donald Trump supaya memastikan perjanjian ini dimeterai dan dilaksanakan,” tambahnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa ada pihak dalam negara sengaja menimbulkan polemik sedangkan Hamas sendiri komited ke arah perdamaian.

“Kalau Hamas pun nak perdamaian, yang kita ajak gaduh ini sebab apa? Orang dibunuh, negeri dijajah, anak-anak kecil dan wanita terus menjadi mangsa. Jadi kita nak hentikan itu dahulu,” tegasnya.

Mengenai sukarelawan Malaysia yang menyertai flotila kemanusiaan ke Gaza, Anwar menyifatkan pengorbanan mereka sebagai satu keberanian yang besar.

“Tak semua orang sanggup gadai nyawa bertarung untuk bantu rakyat Gaza. Jadi, kepada yang bantu, kita ucap terima kasih dan doakan mereka,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai nasib sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Israel, Anwar berkata perkembangan terkini akan diketahui tidak lama lagi.

“Dia (wakil Turkiye) janji telefon pukul 3.30 petang ini. Jadi, saya umum (perkembangan lanjut) dalam Belanjawan nanti,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa penerbangan membawa 95 aktivis misi kemanusiaan, termasuk sembilan rakyat Malaysia, dijangka tiba di Turkiye.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
12 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
13 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
18 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
18 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok