Anwar sertai pemimpin asing pada perarakan Hari Kemenangan China: Laporan

September 3, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyertai pemimpin dan kenamaan asing pada perarakan Hari Kemenangan bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Dataran Tiananmen pagi ini.

Anwar dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di dataran itu pada 8.30 pagi dan disambut oleh Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Menurut Kementerian Luar China, sebanyak 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu.

Antaranya termasuklah Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Iran, Masoud Pezeshkian; Raja Kemboja, Norodom Sihamoni; Presiden Mongolia, Ukhnaa Khurelsukh; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing.

Puluhan ribu orang turut menghadiri acara peringatan itu yang disiarkan secara langsung oleh media China.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat turut menyampaikan ucapan dan memeriksa perarakan berkenaan.

Perarakan itu membabitkan lebih 10,000 anggota tentera, bersama-sama lebih 100 pesawat dan ratusan aset ketenteraan darat yang disusun mengikut formasi sistem perintah waktu perang.

Sistem perkhidmatan dan senjata baharu Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) termasuk perisikan tanpa pemandu, peluru berpandu hipersonik, senjata tenaga terarah, sistem gangguan elektronik dan persenjataan strategik dipamerkan buat kali pertama pada perarakan itu, menonjolkan persenjataan canggih China. – Bernama

Berita berkaitan
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Anwar ulas peletakan jawatan MP Petaling Jaya: Terima kasih atas sumbangan selama ini
October 2, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok