Anwar seru rakyat tolak politik kebencian dan perkauman

June 7, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak terperangkap dalam politik kebencian dan sentimen perkauman yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat serta menghakis nilai demokrasi negara.

Perdana Menteri berkata, perdebatan politik tidak seharusnya tertumpu kepada soal perebutan kuasa atau siapa yang menang dan kalah, sebaliknya perlu menjurus kepada usaha mempertahankan keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat.

“Sekarang ini orang bercakap soal demokrasi di Johor dan Negeri Sembilan. Siapa menang, siapa rebut kuasa, siapa kuat memaki hamun, siapa main api perkauman dan siapa menanam kebencian.

“Tetapi perkara yang harus dituntut ialah keadilan dan kesaksamaan,” katanya ketika menyampaikan Geran Tahunan Kerajaan kepada Universiti AIMST hari ini.

Menurut Anwar, pandangan itu selari dengan pemikiran tokoh negarawan dan penggubal Perlembagaan India, B.R. Ambedkar, yang menegaskan asas sesebuah masyarakat demokratik ialah keadilan dan layanan sama rata kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, Ambedkar turut menekankan seseorang perlu melihat sesuatu bukan sahaja dengan mata kasar, tetapi juga dengan hati nurani atau “the dictates of the heart”, bagi memastikan nilai kemanusiaan terus dipelihara.

Anwar turut mengingatkan tiada individu yang wajar dihina atau dipandang rendah kerana warna kulit, agama, latar belakang keluarga atau kedudukan sosial mereka.

“Jangan hina orang kerana warna kulitnya, jangan hina orang kerana perbezaan kepercayaannya. Jangan hina orang kerana darjatnya, sama ada dia anak orang besar atau orang miskin di kampung,” katanya.

Beliau menegaskan sikap saling menghormati dan menghargai kepelbagaian masyarakat perlu menjadi asas kepada pentadbiran negara serta hubungan antara rakyat.

Kenyataan itu dibuat ketika suasana politik negara kembali hangat menjelang beberapa perkembangan politik di peringkat negeri yang menyaksikan pelbagai pihak berlumba-lumba meraih sokongan rakyat.

Dalam keadaan tersebut, isu perkauman dan agama sering dijadikan bahan kempen oleh segelintir pihak untuk mempengaruhi pengundi.

Sejak mengambil alih pentadbiran negara pada November 2022, kerajaan pimpinan Anwar berulang kali menegaskan komitmen untuk memperkukuh perpaduan nasional dan menolak politik yang berasaskan kebencian, perkauman serta perpecahan masyarakat.

Berita berkaitan
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
19 jam lalu· Isu semasa
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
21 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
19 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
21 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok