Anwar ulas peletakan jawatan MP Petaling Jaya: Terima kasih atas sumbangan selama ini

October 2, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Lee Chean Chung sudah kira-kira setahun tidak aktif dalam PKR, termasuk tidak menghadiri mesyuarat dan kongres parti.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, keadaan itu menunjukkan Lee sudah lama tidak terlibat dalam urusan dalaman parti.

“Dia dah lama, setahun dia tak pernah campur soal urusan parti. Mesyuarat-mesyuarat parti tak pernah hadir, kongres pun tak hadir,” katanya ketika ditemui di Kuarters TUDM Sungai Besi, hari ini.

Menurut Anwar, sekiranya Chean Chung sudah tidak berminat untuk terus bersama PKR, beliau boleh meninggalkan parti secara baik.

“Kalau dah tak minat, tak ada masalah. Pergi dengan baik. Terima kasih atas sumbangan selama ini,” katanya.

Kenyataan itu menyusul keputusan Chean Chung meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa hari ini, selepas keahliannya dalam PKR digantung selama tiga tahun pada 30 September lalu.

Chean Chung sebelum ini mendakwa akses kepada peruntukan RM3 juta kawasan Petaling Jaya disekat dan pengurusan dana berkenaan diambil alih wakil parti.

Beliau turut membangkitkan persoalan berkaitan hala tuju Kerajaan MADANI, termasuk isu rasuah, reformasi institusi dan beberapa kes berprofil tinggi.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan pembangunan di Petaling Jaya tidak bergantung kepada kedudukan seseorang Ahli Parlimen.

“Peruntukan kawasan tak terjejas. Sekolah, surau, masjid, temple, jalan, apa-apa itu kita telah pastikan projek berjalan,” katanya.

Anwar turut menyerahkan kepada Setiausaha Agung PKR dan jawatankuasa perundangan parti sekiranya terdapat cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Chean Chung.

Perkembangan itu berlaku selepas Chean Chung pada Jun lalu melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, namun ketika itu menegaskan beliau kekal sebagai anggota parti dan akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen sehingga Parlimen dibubarkan.

Semasa pengumuman peletakan jawatan hari ini, Chean Chung turut memaklumkan beliau akan menyerahkan surat rasmi untuk keluar daripada PKR pada Isnin.

Peletakan jawatan Chean Chung menambah perkembangan dalam PKR selepas beberapa wakil rakyat sebelum ini turut meninggalkan kedudukan masing-masing, termasuk Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
17 jam lalu· Politik
Parlimen: Speaker beri Takiyuddin tempoh hingga esok tarik balik ‘munafik’
October 21, 2026· Politik
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
16 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
16 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
17 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
21 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok