Armada Bersatu desak dua pemimpin muda dibebaskan selepas ditahan polis

July 30, 2025 · Politik

Desakan dibuat Armada Bersatu terhadap pihak berkuasa supaya membebaskan dua pemimpin muda mereka yang ditahan untuk membantu siasatan dalam himpunan ‘Turun Anwar’ pada Sabtu.

Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham menyifatkan penahanan itu sebagai tindakan politik terdesak dan satu bentuk penindasan terhadap suara anak muda lantang mengkritik kerajaan.

“Sesungguhnya, penahanan kedua-dua tokoh anak muda ini adalah satu tindakan politik yang zalim dan menindas hak dan kebebasan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua individu itu ditahan selepas menghadiri himpunan ‘Turun Anwar’ di ibu negara pada Sabtu yang dianjurkan sebagai simbol penolakan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Muhammad Hilman mendakwa, penggunaan Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dalam penahanan tersebut menunjukkan kerajaan sanggup menghidupkan semula undang-undang zalim demi menutup mulut rakyat.

“Atas apa jua alasan, Armada Bersatu mendesak pihak Polis Diraja Malaysia dan Kerajaan Madani untuk membebaskan mereka berdua dengan kadar segera,” ujarnya lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada kerajaan agar tidak memperlekeh semangat perjuangan anak muda yang kini menjadi suara utama rakyat di lapangan.

“Ini adalah amaran keras kepada Kerajaan Madani yang terbukti zalim dan menindas. Bebaskan segera dua tokoh anak muda ini, atau hadap kuasa rakyat melalui kebangkitan anak muda Malaysia yang akan menumbangkan keangkuhan kamu,” tegasnya.

Isnin lalu, aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard juga ditahan pihak polis di kediamannya bagi membantu siasatan berhubung penganjuran himpunan ‘Turun Anwar’ yang diadakan pada Sabtu lalu.

Menurut peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, penahanan anak guamnya dimaklumkan kepada beliau sekitar jam 2.30 petang dan difahamkan siasatan melibatkan empat dakwaan di bawah pelbagai peruntukan undang-undang.

Berita berkaitan
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
22 jam lalu· Politik
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok