Asyraf bidas Pua langgar garis merah selepas berbalas kritikan isu Selangor

May 20, 2026 · Politik

Pertikaman lidah antara Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua terus memanas susulan isu membabitkan institusi Raja-Raja Melayu dan sistem raja berperlembagaan.

Terbaharu, Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan kenyataan Pua mengenai peribahasa “kaduk naik junjung” sebagai keterlaluan dan melampaui batas.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, beliau berkata sindiran Pua yang kononnya perlu mencari maksud peribahasa tersebut sebenarnya menggambarkan sikap dirinya sendiri.

“Jika seseorang perlu mencari maksud peribahasa semata-mata untuk memahami mengapa orang berkata ‘kaduk naik junjung’, mungkin itu sendiri sudah menjadi jawapannya.

“Tony Pua, kamu sudah melanggar garis merah,” katanya.

Isu itu tercetus selepas Asyraf sebelum ini menuduh Tony bersikap biadab kerana didakwa mempersendakan titah Sultan Selangor.

Menurutnya, tindakan sedemikian bukan lagi kebebasan bersuara, sebaliknya penghinaan terhadap institusi diraja.

Kontroversi berkenaan turut berkait dengan cadangan penubuhan Lembaga Kesetiaan Negara yang dibangkitkan dalam Himpunan Daulat Tuanku pada Sabtu lalu.

Cadangan itu meminta perkenan Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan badan khas untuk menilai tindakan terhadap individu yang didakwa menghina institusi diraja dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Lembaga tersebut dicadangkan dianggotai sembilan ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu, termasuk kuasa mencadangkan pelucutan kewarganegaraan terhadap pihak yang dianggap melakukan penderhakaan atau penghinaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Susulan itu, Pua pada Selasa berkata rakyat Malaysia perlu memahami Majlis Raja-Raja, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh selaras dengan amalan sistem raja berperlembagaan negara.

Menurut beliau, kuasa raja di Malaysia mempunyai had tertentu dan berbeza mengikut negeri, terutama melibatkan adat Melayu, agama Islam serta fungsi perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Berita berkaitan
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
May 21, 2026· Politik
Sidang khas pada 24 Jun mungkin berkaitan bubar DUN Johor: Hassan Karim
May 21, 2026· Politik
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
6 jam lalu· Politik
Tiada unsur jenayah dalam insiden pegawai JSJ maut jatuh apartmen: Polis Selangor
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
May 21, 2026 · Politik
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
7 jam lalu · Politik
Hassan tegur DAP isu titah Sultan Selangor, boleh beri kesan buruk kepada PH
7 jam lalu · Politik
Polis akan panggil Tony Pua selepas terima 59 laporan seluruh negara
7 jam lalu · Politik
Tiada PRK Pandan, Setiawangsa meskipun sudah disahkan kosong: SPR
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok