Tiada PRK Pandan, Setiawangsa meskipun sudah disahkan kosong: SPR

May 20, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa meskipun kedua-dua kerusi itu telah dikosongkan baru-baru ini.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengenai status kekosongan luar jangka dua kerusi berkenaan.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, tiada keperluan untuk mengisi kekosongan tersebut melalui PRK.

“Selaras dengan itu, tiada PRK bagi Parlimen Pandan dan Setiawangsa akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Johari mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa yang berkuat kuasa Isnin lalu.

Tindakan itu dibuat selepas kedua-dua pemimpin berkenaan mengumumkan keluar daripada PKR pada Ahad.

Rafizi dalam kenyataannya berkata, surat pengosongan kerusi telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Isnin, manakala notis rasmi keluar parti dihantar kepada Setiausaha Agung PKR sehari selepas itu.

Perkembangan tersebut mencetuskan spekulasi kemungkinan PRK diadakan memandangkan kedua-dua kerusi berkenaan merupakan kawasan strategik di Lembah Klang dan sebelum ini dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam perkembangan sama, Rafizi dan Nik Nazmi turut mengumumkan pengambilalihan Parti Bersama Malaysia, sebuah parti politik kecil yang ditubuhkan pada 2016 di Pulau Pinang.

Berita berkaitan
Aminuddin sahkan tidak dipelawa sertai parti baharu Rafizi, setia bersama PKR
May 20, 2026· Politik
BN Johor tetap pilih bertanding solo, tiada kerjasama dengan PH
May 20, 2026· Politik
SPR buat persediaan hadapi kemungkinan tiga PRN pada masa terdekat
May 20, 2026· Politik
MP Wangsa Maju nafi keluar PKR, beri penjelasan hadir ke program Rafizi
May 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
4 jam lalu · Politik
Sidang khas pada 24 Jun mungkin berkaitan bubar DUN Johor: Hassan Karim
4 jam lalu · Politik
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
4 jam lalu · Politik
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
9 jam lalu · Politik
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok