Azam Baki berani perangi rasuah: Anwar

May 23, 2025 · Isu semasa

Pujian diberikan Anwar Ibrahim kepada Azam Baki yang dianggaps sebagai paling layak untuk mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri mempertahankan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut, ia terbukti dengan komitmen yang ditunjukkan dalam menangani rasuah berskala besar.

“Ada orang bicara dan suara pembangkang sibuk tentang penyambungan kontrak Azam Baki, saya nak sebut saya tidak nafikan teguran yang dibangkitkan,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru, malam ini.

Anwar menekankan bahawa buat pertama kali dalam sejarah dia melihat SPRM lebih berani bertindak terhadap individu yang mempunyai kekayaan berbilion ringgit, termasuk “tauke besar”.

“Saya percaya melihat kepada perkembangan SPRM (selama) puluhan tahun, inilah kali pertama SPRM berani menggeledah semua tauke besar.

“Ya, ini kenyataan. Saya boleh ganti dan bincang dengan kawan (Kabinet), boleh ganti esok, tapi saya tidak yakin (ketua pesuruhjaya) yang baru itu berani menyinggung tauke besar yang punyai bilion ringgit kekayaannya,” katanya lagi.

Dilanjutkan kontrak selama setahun berkuat kuasa 13 Mei lalu, kritikan terhadap langkah itu terus kedengaran, dengan sebuah demonstrasi dijadual diadakan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur esok bagi mendesaknya berundur.

Anwar berkata tindakan SPRM kini turut membabitkan tokoh-tokoh berprofil tinggi, termasuk mereka yang bergelar Tan Sri, Tun dan Datuk Seri dan ia memerlukan sokongan.

“Keluarga besar seperti Tan Sri, Tun dan Datuk Seri. Beri ruang sekejap untuk orang yang diamanahkan mengambil tindakan dan saya tiada sebab untuk mencurigai keberanian ketua pesuruhjaya SPRM (Azam) sekarang untuk bertindak keras dan tegas…,” katanya lagi.

Anwar turut membidas pihak yang sering mengkritiknya, termasuk pembangkang dan aktivis, kerana tidak menyokong tindakan berani SPRM ke atas golongan elit korporat.

“(Namun) Saya tidak pernah dengar mereka sokong bila SPRM bertindak kepada tauke-tauke yang punya berbilion ringgit itu,” katanya lagi.

Anwar turut menyuarakan rasa kecewa kerana tindakan SPRM sering disalah tafsir sebagai bermotifkan dendam.

Berita berkaitan
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu· Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu· Politik
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
October 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
19 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok