Azam Baki: ‘Rafizi tak suka saya’, bayang tamat khidmat tahun depan

December 10, 2025 · Politik

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memberi isyarat perkhidmatannya berkemungkinan besar tidak akan disambung selepas tamat tempoh kontrak pada tahun depan, selepas kontraknya sebelum ini disambung sebanyak tiga kali.

Berucap pada program Hari Integriti dan Kepimpinan SPRM-UiTM 2025 di Kampus UiTM Puncak Alam, Azam secara terbuka mengakui tidak lagi disenangi sesetengah pihak, termasuk Rafizi Ramli.

“Sesiapa yang menggantikan tempat saya tahun depan, Insya-Allah tahun depan saya tamat perkhidmatan saya, sudah tiga kali sambung.

“Orang pun sudah tidak suka dengan saya, Rafizi pun tak suka dengan saya, dia kata jangan sambung Azam Baki,” katanya dipetik laporan media.

Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menggesa kepimpinan Pakatan Harapan supaya tidak lagi melanjutkan kontrak Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, dengan alasan langkah itu perlu bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah.

Menurut Rafizi, kelemahan prestasi reformasi dan usaha membanteras rasuah menjadi antara faktor kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung pada 29 November lalu.

Bagaimanapun, Azam menegaskan isu lanjutan kontrak bukan keutamaan baginya, sebaliknya menumpukan kepada kelangsungan agenda integriti dalam agensi penguat kuasa itu.

“Tak apa, sesiapa pun mengambil tempat di sini, itu tak penting. Dia perlu meneruskan agenda meningkatkan integriti dan mempromosikan tatakelola serta menguatkuasakan undang-undang rasuah tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya.

Azam menekankan usaha membanteras rasuah perlu diteruskan tanpa mengira siapa yang menerajui SPRM, demi memastikan sistem tadbir urus negara terus diperkukuh.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu· Isu semasa
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
22 jam lalu· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok