Ketua UMNO Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz

June 1, 2026 · Politik

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Azhar Ahmad menafikan dakwaan menampar cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam satu program di Pahang baru-baru ini.

Azhar menyifatkan tuduhan yang tular di media sosial itu sebagai satu fitnah jahat dan menegaskan tidak mempunyai sebab untuk bertindak sedemikian terhadap Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi, 23.

“Anak ini sangat mesra dengan saya. Apa sebab saya nak tampar dia? Puluhan saksi ada dalam dewan itu dan saya layan dia seperti anak sendiri.

“Memang sangat jahanam ayat ‘menampar’ itu,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Azhar, kejadian yang didakwa berlaku semasa program anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Institut Latihan Memperkasa Ummah, Janda Baik, Bentong pada 20 Mei lalu itu boleh disemak sendiri dengan pihak universiti bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Azhar yang juga bekas senator berkata dia turut membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut dan akan memantau perkembangan kes itu.

“Saya akan memerhati gerak laku mereka dan apa agenda sebenar mereka,” katanya.

Terdahulu, Nik Alif Aiman mendakwa dia ditampar oleh seorang bekas senator selepas memperkenalkan dirinya sebagai cucu kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz ketika sesi bergambar selepas program berkenaan.

Menurutnya, selepas memperkenalkan diri, berlaku perbualan berkaitan politik dan PAS sebelum individu terbabit didakwa mengeluarkan kenyataan mengkritik parti itu.

“Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba beliau menampar pipi kiri saya menggunakan tangan kanannya,” dakwanya.

Nik Alif mendakwa tamparan itu tidak menyebabkan kecederaan fizikal, namun cukup kuat sehingga menyebabkan kepalanya bergerak ke sebelah kanan akibat impak tersebut.

Dia turut mendakwa kejadian berlaku di hadapan kira-kira 10 hingga 15 individu termasuk pegawai UiTM serta pimpinan pelajar universiti terbabit.

Susulan kejadian itu, Nik Alif membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 30 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan serta saksi dipanggil memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes itu akan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Amanah tampil bela penerima LOD dihantar Asyraf Wajdi berkait isu Tabung Haji
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok