PH Johor sedia hadapi PRN selepas DUN dibubar

June 1, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) Johor sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata pihaknya sudah menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan membubarkan DUN dalam masa terdekat susulan perkembangan politik semasa di negeri itu.

Menurut beliau, pengumuman sidang DUN Johor yang bakal diadakan pada 22 Jun dilihat tidak munasabah memandangkan desas-desus pembubaran sudah lama diperkatakan.

“Dari awal lagi PH telah menjangkakan BN akan membubarkan DUN dalam masa terdekat. Dan ternyata sidang DUN yang diumumkan akan diadakan pada 22 Jun nanti adalah tidak masuk akal sama sekali,” katanya dalam kenyataan bersama pimpinan PH Johor hari ini.

Kenyataan itu turut ditandatangani Pengerusi PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa dan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Aminolhuda berkata, atas semangat demokrasi, PH akan meneruskan segala persiapan sedia ada bagi menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata perbincangan lanjut juga akan dibawa ke peringkat Majlis Presiden PH Pusat bagi merangka strategi serta langkah seterusnya menjelang PRN Johor.

“Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah. Pakatan Harapan siap sedia menggembeling usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini,” katanya.

Pembubaran DUN Johor diumumkan Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Langkah itu membuka laluan kepada PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi memilih kerajaan negeri baharu.

Berita berkaitan
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok