Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas menerima pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor daripada Speaker DUN negeri itu.
Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan tarikh penamaan calon, hari pengundian serta urusan berkaitan pilihan raya tersebut.
Menurut beliau, SPR sudah mengambil maklum pengumuman pembubaran DUN Johor yang dibuat Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, hari ini.
“SPR akan memaklumkan tarikh Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Johor sebaik sahaja menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Johor berkaitan pembubaran DUN,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Onn Hafiz mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN.
Menurut beliau, keputusan pembubaran dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam satu sesi menghadap yang berlangsung hari ini.
PRN Johor kali ini dijangka menjadi tumpuan kerana ia berlangsung ketika landskap politik negara masih belum stabil susulan beberapa perubahan kerjasama politik sejak Pilihan Raya Umum ke-15.
Johor sebelum ini mengadakan PRN pada Mac 2022 selepas kerajaan negeri ketika itu memutuskan untuk mendapatkan mandat baharu susulan kemelut politik dan majoriti tipis di DUN.
Pada pilihan raya tersebut, Barisan Nasional berjaya memperoleh kemenangan besar dengan menguasai majoriti kerusi DUN Johor.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri