Bantuan SARA RM100 mula disalurkan kepada rakyat mulai hari ini

August 31, 2025 · Isu semasa

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 mula disalurkan mulai hari ini kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai sekali ini disalurkan secara terus melalui MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas merangkumi 14 kategori produk terpilih.

“Ini adalah ikhtiar segera untuk meringankan beban sara hidup dan sebagai penghargaan kepada rakyat,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Bantuan tersebut boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis seluruh negara termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart serta kedai runcit di semua daerah.

Seramai 22 juta penduduk dijangka menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2 bilion.

Jumlah peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA turut dinaikkan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun ini, menjadikannya kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa tanpa sebarang pengecualian.

Walaupun kadar inflasi keseluruhan pada Jun 2025 berada pada tahap terendah dalam tempoh 52 bulan iaitu 1.1 peratus, Anwar menekankan kenaikan harga makanan dan minuman masih melebihi purata inflasi dan perlu ditangani dengan bijaksana serta segera.

Berita berkaitan
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu· Isu semasa
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok