Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Langkah kerajaan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang cuai berjaya meningkatkan kadar bayaran balik pinjaman pendidikan tersebut.
Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, mengesahkan berlakunya peningkatan itu susulan pengumuman langkah tegas tersebut dalam Belanjawan 2026, yang memberi kesan positif terhadap hasil kutipan PTPTN.
“Peningkatan bayaran balik ini membantu dari segi hasil yang dikutip,” katanya dipetik laporan media.
Beliau menegaskan langkah ini diambil bagi memastikan sistem PTPTN kekal mampan dan saksama untuk generasi akan datang.
“Pengumuman oleh Perdana Menteri itu adalah untuk memastikan sistem PTPTN kekal mampan dan adil,” jelasnya.
Zambry turut menjelaskan bahawa peminjam boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.
“Ada yang memang tidak mahu membayar sejak hari pertama, walaupun sudah bekerja dengan pendapatan tinggi. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai peminjam tegar,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menekankan pendekatan berperikemanusiaan terhadap peminjam yang menghadapi kesukaran.
“Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. PTPTN juga perlu ada sifat kemanusiaan dalam menilai kemampuan peminjam,” katanya.
Beliau menyeru peminjam yang menghadapi masalah kewangan untuk tampil ke hadapan.
“Apa yang penting, mereka yang benar-benar tidak mampu perlu dibantu dengan penjadualan semula,” tegas Zambry.
Langkah sekatan perjalanan ini dijangka terus memberi impak positif kepada kadar bayaran balik PTPTN, sekaligus memastikan kelestarian tabung pendidikan negara untuk manfaat generasi pelajar masa depan.
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
MCMC rakam keterangan individu sebar berita diesel palsu ke Filipina
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan