Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker.
DAP didakwa meninggalkan prinsip reformasi dan perjuangan demokrasi yang suatu ketika dulu menjadi teras perjuangan mereka, dan kini lebih mementingkan pengekalan kuasa politik.
Bekas naib presiden MCA, Ti Lian Ker, mendakwa parti itu yang dahulunya lantang menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN), kini menjadikan bekas musuh ketat mereka sebagai sekutu utama semata-mata untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi.
“Selepas memenangi kerusi melalui janji manis, harapan palsu dan politik longkang, DAP telah menunjukkan wajah sebenar mereka. Daripada ‘ubah’ kepada ‘kekal’, daripada ‘asalkan bukan UMNO’ kepada ‘UMDAP’,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut membangkitkan kebimbangan mengenai amalan pembahagian kerusi secara dalaman di kalangan parti pemerintah, yang menyekat pilihan rakyat untuk membuat penilaian melalui pertandingan sihat.
“Jika kerusi dibahagikan di bilik mesyuarat dan bukannya dipertandingkan secara terbuka, apakah ertinya pilihan raya?
“Rakyat sudah tidak lagi menjadi keutamaan, yang penting hanyalah mengekalkan status quo,” ujarnya.
Menurut Lian Ker lagi, tindakan DAP itu jelas bercanggah dengan semangat sistem dua parti yang selama ini mereka perjuangkan.
Beliau menegaskan rakyat kini berdepan dengan situasi di mana parti politik kelihatan berbeza di luar, tetapi sebenarnya berpakat di belakang tabir demi mempertahankan kuasa.
“Sistem dua parti sudah mati. Apa yang kita ada hari ini hanyalah ‘dua logo, satu sistem’.
“Dulu DAP mengutuk BN kerana memonopoli kuasa, tetapi hari ini mereka melakukan perkara yang sama, malah dengan perlindungan daripada BN,” tegasnya lagi.
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum