Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara berdepan 20 pertuduhan rasuah di Melaka

June 18, 2025 · Isu semasa

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad (61), hari ini mengaku tidak bersalah atas 20 pertuduhan rasuah melibatkan wang tunai RM235,000 dan tiga kereta mewah berkaitan projek tambak laut di Melaka.

17 pertuduhan dihadapi Mohamad Ali adalah melibatkan penerimaan wang rasuah antara RM5,000 hingga RM20,000 (jumlah RM235,000) dan tiga lagi pertuduhan pula menerima hadiah 3 kereta mewah (BMW730Li, Range Rover dan Bentley Flying Spur).

Kesemua pemberian ini didakwa sebagai balasan untuk melantik syarikat pemberi sebagai kontraktor projek penambakan laut seluas 40.47 hektar di Kota Laksamana, Melaka bernilai RM45.1 juta.

Menurut SPRM, kesalahan ini dilakukan di Glenmarie dan Sungai Buloh antara Januari 2017 hingga Januari 2024 di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan di dua premis masing-masing di Glenmarie dan Sungai Buloh antara Januari 2017 hingga 20 Januari tahun ini.

Justeru, Mohamad Ali didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib mencadangkan jaminan RM60,000 bersama seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Md Yunos Shariff yang mewakili Mohamad Ali memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan kepada anak guamnya dan bersetuju jumlah jaminan serta syarat tambahan dicadangkan.

Hakim kemudian memutuskan jumlah jaminan demikian dan larangan kepada tertuduh mengganggu saksi pendakwaan, manakala 24 Julai pula ditetapkan bagi sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu· Politik
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
CAP: Skandal Tabung Haji perlu disiasat hingga ke akar
August 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok