Belanjawan 2026 dibentang di Parlimen 10 Oktober: MOF

August 8, 2025 · Isu semasa

Kerajaan menetapkan tarikh 10 Oktober ini untuk membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen, menurut pengumuman Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Dalam kenyataan Prabelanjawan 2026 yang dikeluarkan pada Jumaat, MOF memaklumkan bahawa proses penyediaan belanjawan akan melibatkan penyertaan menyeluruh daripada pelbagai pihak berkepentingan serta orang awam, bagi mendapatkan input selaras dengan keutamaan yang digariskan di bawah kerangka Ekonomi Madani.

Belanjawan kali ini merupakan siri keempat Belanjawan Madani dan juga belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030. Ia akan terus berteraskan tiga tonggak utama Ekonomi Madani iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat, serta memacu pembaharuan dan tatakelola yang baik.

MOF menegaskan, tumpuan Belanjawan 2026 adalah untuk meneruskan usaha memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat taraf hidup rakyat.

Dalam menghadapi ketidaktentuan global dan persaingan yang semakin sengit, belanjawan ini juga akan menyeimbangkan agenda jangka panjang dengan langkah menangani cabaran jangka pendek, bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan melindungi daya tahan ekonomi negara.

Selain itu, bantuan yang lebih bersasar akan disalurkan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, berteraskan keberhasilan ke arah penambahbaikan kualiti hidup.

Pendekatan berasaskan akar umbi dan berorientasikan rakyat akan terus menjadi nadi dasar awam, dengan keperluan komuniti diletakkan sebagai keutamaan.

Kerajaan juga akan mengekalkan pendekatan mendapatkan maklum balas secara aktif daripada rakyat, perniagaan dan pihak berkepentingan, bagi memastikan dasar yang digubal selari dengan realiti semasa. Orang ramai boleh menyalurkan pandangan, komen dan cadangan berhubung Belanjawan 2026 melalui portal rasmi [https://belanjawan.mof.gov.my](https://belanjawan.mof.gov.my).

Berita berkaitan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
July 22, 2026· Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
July 20, 2026· Isu semasa
Larian Syed Saddiq kutip lebih RM361,000 dalam dua hari
July 18, 2026· Politik
MOF: Bayaran balik lebihan cukai RM14.7 bilion sudah dilunas
July 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
11 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
13 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
13 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
3 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok