Bendera regim hanya layak dipijak, Pemuda UMNO bidas insiden di Kelantan

October 12, 2025 · Politik

Dr. Muhamad Akmal Saleh mengecam sebarang bentuk pengibaran bendera Israel di negara ini dan menyifatkan bendera rejim Zionis itu melambangkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat Palestin, justeru tidak wajar diberi sebarang penghormatan.

Kenyataan Ketua Pemuda itu susulan satu acara ‘500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza’ yang tular video sebuah bot mengibarkan bendera regim Israel sehingga menimbulkan bantahan masyarakat di media sosial.

Malah, Akmal menegaskan bendera tersebut hanya layak untuk dipijak dan dibakar, bukan dikibarkan walau atas alasan apa sekalipun.

“Bendera adalah lambang kehormatan sebuah negara, maka dengan apa yang telah dilakukan oleh rejim jahanam pada saudara kita di sana, mereka tidak langsung layak untuk dapat penghormatan dari kita,” tegasnya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Taraf bendera negara Israel ini hanyalah untuk dipijak dan dibakar sahaja terutama di dalam negara kita ini dan bukan untuk dikibarkan tidak kira secara gimik ataupun apa,” tambahnya lagi.

Akmal juga menggesa penganjur acara terbabit agar tampil memohon maaf secara terbuka kerana tindakan mereka itu dianggap telah melukakan hati dan menghina sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Saya menggesa dan mendesak agar penganjur yang dikatakan mengibarkan bendera isewel sebagai gimik persembahan itu boleh meminta maaf atas salah keterlanjuran,” katanya.

Beliau menegaskan Pemuda UMNO akan terus bertegas dan tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan.

“Tidak kira siapa atau apa sekalipun, kita tidak pernah langsung dan tidak akan langsung memberikan penghormatan pada rejim laknatullah ini!!” tegasnya.

Sebelum ini, penganjur program tersebut, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia, mempertahankan tindakan mereka dengan menjelaskan pengibaran bendera Israel itu hanyalah untuk simulasi atau lakonan semula kejadian yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla, bagi tujuan memberi kefahaman kepada orang ramai.

Berita berkaitan
AMK Perak mahu isu Jalur Gemilang ditangani tanpa dwistandard
August 20, 2026· Politik
Polis Johor siasat tiga kes bendera terbalik
August 20, 2026· Isu semasa
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026· Politik
Bendera tanpa bulan bintang, Akmal mahu penjelasan MBKT
August 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
5 jam lalu · Politik
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
11 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
11 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
15 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok