AMK Perak mahu isu Jalur Gemilang ditangani tanpa dwistandard

August 20, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan secara adil dan konsisten terhadap sebarang kes melibatkan pengibaran atau penggunaan Jalur Gemilang secara tidak wajar.

Ketua AMK Perak, Ashraf Kahasani berkata isu membabitkan simbol kedaulatan negara tidak sepatutnya dijadikan modal politik atau dinilai berdasarkan kecenderungan parti.

Menurutnya, beberapa insiden berkaitan Jalur Gemilang dilaporkan berlaku sebelum ini, termasuk di Pantai Buruk, Terengganu, dua kilang di Johor serta sebuah program membabitkan DAP.

“Setiap kes perlu dilihat berdasarkan fakta dan keadaan sebenar. Jika terdapat unsur kecuaian, pelanggaran peraturan atau kesalahan di sisi undang-undang, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan secara telus dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Ashraf berkata, tiada kompromi terhadap penghormatan kepada Jalur Gemilang, namun penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara konsisten tanpa wujud layanan berbeza berdasarkan latar belakang politik pihak yang terlibat.

Beliau turut menegaskan Jalur Gemilang tidak wajar dijadikan “senjata politik” untuk menyerang mana-mana pihak.

“Prinsip undang-undang mesti dilaksanakan secara adil dan konsisten tanpa hipokrasi. Tiada kompromi terhadap penghormatan kepada Jalur Gemilang dan tiada tempat untuk standard dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik atau dalam keadaan tidak mengikut tatacara ditetapkan sering mendapat perhatian setiap kali sambutan Bulan Kebangsaan.

Tindakan sedemikian boleh menimbulkan kemarahan awam, khususnya apabila ia dilihat sebagai tidak menghormati simbol negara.

AMK Perak berkata, pendekatan terbaik ialah menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa supaya setiap kes dinilai berdasarkan bukti dan peruntukan undang-undang, bukan tekanan politik atau sentimen semasa.

Dalam masa sama, orang ramai disaran memahami tatacara penggunaan Jalur Gemilang dan memastikan bendera negara dipasang serta dikibarkan dengan penuh tertib sebagai tanda menghormati identiti dan kedaulatan Malaysia.

Berita berkaitan
PAS jangan sibuk isu Taiwan, bahas Tabung Haji dulu: AMK
August 22, 2026· Politik
Polis Johor siasat tiga kes bendera terbalik
August 20, 2026· Isu semasa
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
August 19, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
7 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
10 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
10 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok