Bersatu nafi khianati PAS di Perlis, hormat keputusan Raja

January 13, 2026 · Politik

Bersatu menolak dakwaan parti itu mengkhianati PAS dalam krisis politik di Perlis yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar negeri berkenaan sebelum ini, Mohd Shukri Ramli.

Presiden bersatu, Muhyiddin Yassin, berkata parti itu tidak terlibat dalam sebarang usaha menjatuhkan kepimpinan PAS di Perlis dan menegaskan keputusan yang berlaku adalah di bawah kuasa mutlak Raja Perlis yang perlu dihormati semua pihak.

“Saya telah menerima penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi malam tadi.

“Pihak di Perlis sendiri menyatakan Bersatu tidak terbabit. Kita nafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa bersatu memainkan peranan dalam isu ini,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Muhyiddin, Bersatu juga tidak pernah berniat untuk mensabotaj PAS sebagai rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akur dengan proses perlembagaan negeri yang telah ditetapkan.

“Apabila keputusan sudah dibuat oleh Raja Perlis, itu adalah keputusan baginda dan mesti dihormati. bersatu tidak memain peranan untuk menjatuhkan sesiapa.

“Dakwaan mengatakan kita pengkhianat itu tidak benar dan tidak ada kaitan langsung, termasuk saya secara peribadi,” katanya lagi.

Krisis politik di Perlis tercetus apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), terdiri daripada tiga wakil PAS dan lima daripada bersatu, dilaporkan menarik sokongan terhadap kepimpinan Mohd Shukri sebelum beliau meletakkan jawatan dengan alasan kesihatan.

Situasi itu mencetuskan ketegangan dalam PN apabila beberapa pemimpin PAS menyifatkan langkah berkenaan sebagai satu pengkhianatan terhadap parti itu selaku rakan komponen dalam gabungan berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi berlebihan yang boleh menjejaskan kestabilan gabungan dan pentadbiran negeri.

“Apa yang penting sekarang ialah bergerak ke depan, fokus kepada rakyat dan kekalkan kerjasama dalam PN,” katanya.

Mesyuarat MPT bersatu berlangsung hampir tiga jam dan turut dihadiri barisan pimpinan tertinggi parti termasuk Timbalan Presiden, Hamzah Zainuddin.

Berita berkaitan
Pemuda PAS rayu UMNO Johor pertimbang hasrat bertanding solo, mahu bekerjasama
2 jam lalu· Politik
Rayuan Muhyiddin dalam kes fitnah Guan Eng didengar 18 Jun
2 jam lalu· Politik
ADUN Endau umum tinggalkan Bersatu, kembali sertai UMNO
2 jam lalu· Politik
Muafakat Nasional 2.0: Isyarat PAS mencari jalan keluar daripada PN tinggalkan Bersatu?
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Aminuddin sahkan pembubaran DUN Negeri Sembilan bermula esok, satu lagi PRN
June 4, 2026 · Politik
Islam bukan milik mana-mana parti, Mahfuz bidas pemikiran sempit PAS
11 jam lalu · Politik
Tiada rakyat mahu UMNO kembali dominasi politik negara: DAP
11 jam lalu · Politik
MCA Johor nafikan senarai calon PRN tular
11 jam lalu · Politik
Kerajaan Perlis kekal bersama PN, fokus tamatkan penggal pentadbiran: Abu Bakar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok