Parti Bersatu.
Kepimpinan Bersatu Perak menafikan wujudnya desakan rasmi agar Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden parti, sekali gus menolak dakwaan 4 bahagian di negeri itu menyokong gesaan tersebut.
Dalam satu kenyataan bersama, ketua-ketua bahagian Bersatu Perak menjelaskan hanya sembilan ketua bahagian hadir dalam sidang media yang diketuai Zainol Fadzi Paharudin, manakala selebihnya bukan pemegang jawatan.
“Individu lain yang hadir adalah atas kapasiti peribadi dan tidak boleh dianggap sebagai pendirian kolektif kepimpinan bahagian di Perak,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan media yang mendakwa 14 bahagian Bersatu Perak mahu Muhyiddin berundur atas alasan kegagalan menangani kemelut dalaman parti.
Kepimpinan negeri Perak menegaskan tindakan membawa isu dalaman ke ruang awam tidak selari dengan disiplin parti.
Mereka turut menegur tindakan Zainol Fadzi sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang sepatutnya menyalurkan perbezaan pandangan melalui mesyuarat rasmi parti.
“Tindakan tersebut menjejaskan imej parti dan memberi persepsi tidak tepat mengenai kestabilan serta kesepaduan kepimpinan Bersatu di Perak. Keadaan ini hanya menguntungkan pihak lawan,” jelas kenyataan itu.
Sebanyak 14 ketua bahagian yang menandatangani kenyataan balas tersebut menyatakan sokongan penuh kepada Muhyiddin untuk terus memimpin parti, selain komited mengukuhkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.
Antara yang menyokong kenyataan itu ialah Pengerusi Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu bersama ketua-ketua bahagian Kuala Kangsar, Tanjong Malim, Batu Gajah, Ipoh Barat, Bagan Datuk, Taiping, Lenggong, Lumut, Parit Buntar, Sungai Siput, Gerik, Beruas dan Parit.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum