Bersatu siasat insiden kekecohan, tindakan akan diambil terhadap dalang kumpul SD

September 7, 2025 · Politik

Individu yang terlibat dalam insiden kekecohan dan pergelutan semasa majlis ucapan dasar Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin malam tadi, akan berdepan tindakan tegas berlandaskan Perlembagaan parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyifatkan insiden itu dicetuskan oleh golongan minoriti yang dipergunakan oleh musuh politik untuk menidakkan keputusan majoriti yang telah dipersetujui semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti pada tahun lalu.

Beliau menegaskan perbuatan tersebut bukanlah budaya dalam Bersatu, sebaliknya hanya dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertamadun.

“Bersatu ada perlembagaan dan peraturan. Kekecohan seperti ini perlu disiasat dan ditangani berdasarkan Perlembagaan dan peraturan parti,” katanya dipetik laporan media.

Tun Faisal turut menekankan majoriti ahli Bersatu tetap setia kepada kepimpinan Muhyiddin.

“Situasi itu boleh dilihat di dalam dewan persidangan malam tadi semasa insiden kekecohan berlaku, di mana majoriti perwakilan bangkit menyatakan sokongan padu kepada Tan Sri Muhyiddin,” jelasnya.

Sementara tu, Armada Bersatu juga membuat laporan polis berhubung insiden kekecohan malam tadi.

Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, laporan itu dibuat tengah malam tadi bagi meminta polis menyiasat punca kejadian.

“Ketua Sekuriti yang juga Timbalan Komander Briged Armada, Afiq Nardin telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Muda dan kertas siasatan telah dibuka.

“Saya juga dimaklumkan polis sedang menyiasat dan menemubual orang yang dirasakan perlu,” katanya dipetik laporan media.

Tambah Harris lagi, meskipun parti itu mengamalkan kebebasan bersuara dan demokrasi namun Armada berpendirian tindakan berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, wujud ruang untuk mana-mana perwakilan untuk menyuarakan pendapat mereka di peringkat Bahagian sehingga Negeri dan bukannya dengan menimbulkan kekecohan.

“Kami faham kebebasan bersuara itu dibenarkan tapi mengikut adab dan cara betul. PAT kali ini kita dengar perbahasan setiap negeri, orang berbahas mewakili negeri akan menyampaikan perbahasan dan perkara yang perlu,” ujarnya.

Insiden tegang itu tercetus pada malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Shah Alam (IDCC), ketika Muhyiddin sedang menyampaikan ucapan dasarnya.

Kekecohan bermula apabila beliau menyentuh berkenaan desas-desus wujudnya gerakan mengutip tanda tangan untuk menjatuhkannya sebagai Presiden parti.

Ucapan beliau disambut dengan sorakan dan juga teriakan daripada sekumpulan perwakilan, yang mencetuskan keadaan di luar kawalan selama beberapa minit.

Kejadian itu memaksa Muhyiddin meneruskan ucapannya dalam keadaan para petugas parti berusaha meredakan ketegangan.

Berita berkaitan
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
1 jam lalu· Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Anwar tegur Hadi jangan permainkan agama, sedia dedah kandungan CSA
November 5, 2026· Politik
Armada Bersatu gesa kaji semula pemberhentian hampir 100 pekerja Utusan, Kosmo!
November 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026 · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
1 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
1 jam lalu · Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
1 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok