Barisan Nasional (BN).
Barisan Nasional (BN) bakal mengumumkan senarai calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada tengah hari esok, menurut Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir.
Pengumuman tersebut akan dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, berikutan keputusan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO negeri Sabah pada Sabtu.
Zambry menjelaskan BN pusat memberikan autonomi sepenuhnya kepada kepimpinan BN Sabah untuk menentukan dan mengumumkan senarai calon tersebut.
“Kita serahkan kepada pimpinan di Sabah kerana mereka mempunyai autonomi untuk mengumumkan nama-nama calon.
“Jadi, bila mereka akan mengumumkan, itu saya serahkan kepada mereka untuk tentukan,” katanya dipetik laporan media.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi itu turut membincangkan persiapan terakhir menghadapi PRN Sabah, termasuk aspek kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan pembahagian kerusi yang telah dimuktamadkan.
Zambry menekankan BN akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah demi kestabilan dan pembangunan berterusan.
“Tradisi memperjuangkan kepentingan rakyat akan kita teruskan, kerana perkara paling utama bagi setiap negeri dan negara ialah kestabilan yang perlu dipelihara dan dipertahankan,” ujarnya.
Sebagai simbol kesiapsiagaan BN, pelancaran Jentera BN bagi PRN Sabah akan diadakan pada 2.30 petang esok di sebuah hotel terkemuka di sini, sekaligus melengkapkan persiapan parti itu menjelang pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 29 November ini.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri