Bung Moktar janji selesaikan isu asas di DUN Lamag

November 15, 2025 · Politik

Bung Moktar Radin berikrar untuk memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah jalan raya, bekalan elektrik yang tidak stabil, dan air bersih dalam tempoh tiga tahun jika beliau sekali lagi diberi mandat oleh pengundi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata walaupun pembangunan sudah sampai ke Lamag, beberapa isu mendesak masih perlu ditangani segera.

“Di Lamag ini sebenarnya tidak banyak lagi yang boleh kita tambah dari segi pembangunan.

“Projek jalan yang sedang dibina sekarang inilah pembangunan utamanya. Ini perlu penekanan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan kewangannya,” jelas Bung Moktar selepas pelancaran jentera BN bagi DUN Lamag dan Sukau hari ini.

“Masalah elektrik (yang mati-mati) dan masalah air bersih ini akan kita tangani dalam masa jangka tiga tahun,” tambahnya.

Mengenai visi jangka panjang, Bung Moktar menyatakan aspirasinya untuk membina sebuah kompleks sukan bagi golongan muda dan sebuah pusat pentadbiran baharu yang strategik.

“Dan (untuk) pembangunan anak muda, kita akan bina kompleks sukan, Insya-Allah, kita akan buat.

“Untuk pusat pentadbiran baharu itu, kita bina di tanah yang di atas bukit itu serta-merta. Ini keperluan untuk pegawai daerah dan agensi kerajaan (bagi membolehkan mereka) memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan enam penjuru di DUN Lamag, beliau melihat perpecahan dalam parti lawan sebagai satu peluang untuk Barisan Nasional (BN).

“Alhamdulillah, ternyata GRS telah berpecah. Pakcik lawan anak buah, beripar pun berantakan. Ini perkembangan terbaik untuk BN menempatkan diri di kalangan masyarakat,” tambahnya.

Dari segi strategi kempen, Bung Moktar menyatakan akan turun ke kawasan yang dianggap mencabar, manakala jentera parti akan bergerak secara berzon.

“Saya akan pergi ke kawasan yang saya lihat ada kesukaran untuk menang. Selebihnya, saya beri kepada mereka untuk mengurus.

“Kita akan monitor perkembangan dari masa ke masa,” ujarnya.

Bung Moktar akan mempertahankan kerusi Lamag yang dimenanginya dengan majoriti tipis 661 undi pada PRN lalu.

Beliau akan berdepan lima pesaing daripada GRS, Warisan, PN, PIS dan seorang calon bebas.

Berita berkaitan
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
10 jam lalu· Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
23 jam lalu· Politik
PAS mahu PRN SG4 serentak dengan PRU-16, tolak cadangan UMNO: Hadi
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
10 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
10 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
18 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
18 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok