Siapa pegang tangan MB Negeri Sembilan soal Mahfuz

12 jam lalu · Politik

“Siapa yang pegang tangan Menteri Besar?” Persoalan itu kini dilemparkan Mahfuz Omar selepas Ismail Lasim mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi yang dikaitkan dengan usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Mahfuz berkata persoalan itu wajar dijawab secara terbuka selepas Ismail mengakui menandatangani dokumen berkenaan, namun mendakwa tandatangan dibuat tanpa kerelaan dan secara paksaan atau duress.

Menurutnya, Ismail juga telah membuat laporan polis pada 8 September lalu dan memaklumkan dokumen itu tidak memenuhi proses Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Saya menghormati penjelasan beliau dan menyerahkan dakwaan paksaan itu kepada siasatan pihak berkuasa.

“Namun persoalan rakyat tetap perlu dijawab: jika benar dipaksa, siapa yang memaksa? Jika tidak bersetuju, mengapa tandatangan diberikan?” katanya dalam kenyataan.

Mahfuz turut mempersoalkan mengapa Ismail yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos lalu didakwa menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz pada keesokan harinya.

Katanya, laporan polis hanya dibuat pada 8 September sebelum dakwaan paksaan itu dijelaskan kepada media sehari kemudian.

“Jika dokumen itu tidak sah, siapa yang meminta atau mengarahkan ia ditandatangani?

“Ini bukan tandatangan pada dokumen biasa. Ia menyentuh institusi Raja dan Perlembagaan negeri,” katanya.

Mahfuz turut mengaitkan perkembangan itu dengan krisis politik Negeri Sembilan sebelum ini apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN dilaporkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar ketika itu, Aminuddin Harun, pada 27 April lalu.

Menurutnya, tindakan berkenaan ketika itu dikaitkan dengan isu institusi adat dan Perlembagaan negeri sehingga mencetuskan ketegangan politik.

“Persoalannya, mengapa krisis adat yang sepatutnya diselesaikan melalui saluran adat, Perlembagaan dan undang-undang akhirnya dijadikan krisis politik?” katanya.

Beliau berkata pimpinan politik sepatutnya berusaha meredakan keadaan dan mengutamakan keharmonian, bukannya menggunakan isu adat sebagai ruang untuk perebutan kuasa.

Mahfuz menyifatkan perkembangan terkini sebagai sesuatu yang ironik apabila Menteri Besar daripada UMNO pula berada dalam kemelut berkaitan isu adat sama dan mendakwa tandatangannya diperoleh secara paksaan.

“Dulu krisis adat dijadikan senjata untuk menjatuhkan MB. Hari ini MB sendiri mendakwa tandatangannya dipaksa.

“Kalau MB cuma pena, rakyat berhak tahu siapa yang memegang tangannya?” katanya.

Mahfuz menegaskan sebarang pertikaian berkaitan Perlembagaan perlu diselesaikan mengikut Perlembagaan, manakala persoalan undang-undang hendaklah diserahkan kepada proses perundangan.

Katanya, institusi Raja dan adat Negeri Sembilan tidak wajar dijadikan bahan permainan politik kerana rakyat memerlukan kestabilan, bukannya perebutan kuasa.

Perkembangan itu tercetus selepas Ismail tampil menjelaskan beliau menandatangani dokumen proklamasi berkenaan di bawah tekanan dan tanpa persetujuan, selain membuat laporan polis untuk membolehkan perkara itu disiasat.

Berita berkaitan
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
11 jam lalu· Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026· Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
September 9, 2026· Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
September 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong
9 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
9 jam lalu · Politik
Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong
10 jam lalu · Politik
Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu – Akmal
11 jam lalu · Politik
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok