Defisit fiskal turun dua tahun berturut-turut, ekonomi negara kekal kukuh

February 13, 2026 · Isu semasa

Kerajaan Madani mencatat pencapaian defisit fiskal 3.7% bagi tahun 2025, menurun berbanding 4.1% pada 2024, sekali gus melebihi sasaran awal 3.8% dan menunjukkan konsistensi dua tahun berturut-turut.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia turut mencatat angka memberangsangkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.3% pada suku keempat 2025, tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sekaligus mendorong pertumbuhan tahunan kepada 5.2%, melampaui unjuran kerajaan antara 4% hingga 4.8%.

“Indikator makroekonomi yang kukuh ini memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk kadar pengangguran terendah 2.9% dalam lebih sedekad dan inflasi rendah pada 1.4%,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata penjimatan daripada reformasi fiskal dapat disalurkan semula kepada program bantuan sosial seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain projek infrastruktur yang meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan madani, pelaksanaan pembaharuan berterusan telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Ini tercermin dalam pengukuhan ringgit, peningkatan pelaburan langsung dan paras tertinggi FTSE Bursa Malaysia KLCI dalam tujuh tahun,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Anwar menegaskan kerajaan tidak boleh leka, memandangkan cabaran global dan ketegangan perdagangan masih menjejaskan ekonomi.

“Adalah penting untuk terus mengekalkan landasan pembaharuan Ekonomi Madani, menjadikan 2026 tahun memperkukuh aktiviti ekonomi bernilai tambah, membasmi rasuah, meningkatkan kemaslahatan rakyat dan mempermudah urusan perniagaan,” katanya.

Beliau juga optimis ekonomi kekal stabil pada 2026 disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, perbelanjaan isi rumah yang tinggi, serta momentum pelaburan berterusan.

Aktiviti pelancongan yang rancak sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam dijangka mengukuhkan lagi perbelanjaan pengguna.

“Belanjawan 2026 akan meletakkan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13 2026–2030 serta dasar-dasar utama untuk menggalakkan pengembangan ekonomi inklusif dan mampan. Pada masa sama, kerajaan madani akan terus mengekalkan disiplin fiskal demi kemampanan jangka panjang,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
11 jam lalu· Isu semasa
Salah faham isu dakwaan diesel dihantar ke Filipina: Fahmi
15 jam lalu· Isu semasa
Ringgit kembali mengukuh hampiri RM3.96 berbanding dolar AS
15 jam lalu· Isu semasa
Henti buat dakwaan palsu Malaysia hantar diesel ke Filipina: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
10 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
10 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
10 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
10 jam lalu · Isu semasa
Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok