Derma ‘Pak Arab’ RM2.3 bilion dalam kes 1MDB cerita dongeng: Hakim

December 26, 2025 · Politik

Mahkamah Tinggi hari ini menolak dakwaan Najib Razak bahawa RM2.3 bilion yang diterimanya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab, selepas mendapati wang itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya tanpa bukti sokongan yang sah.

Keputusan itu disampaikan Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika membacakan penghakiman, dengan mahkamah mendapati tiada rekod rasmi yang mengesahkan kewujudan sumbangan politik seperti yang didakwa.

Menurut beliau, tiada resit dikeluarkan oleh kerajaan atau mana-mana parti politik bagi mengakui penerimaan dana berkenaan.

“Tiada bukti pengakuan rasmi oleh kerajaan atau mana-mana parti politik kepada penderma yang didakwa, mahupun oleh tertuduh sendiri.

“Surat sumbangan Arab yang didakwa juga dihantar ke kediaman peribadi tertuduh, bukan ke alamat rasmi kerajaan atau parti,” katanya.

Hakim Sequerah menegaskan tiada rekod akaun lengkap atau minit rasmi berkaitan sumbangan itu, selain ketiadaan bukti yang mengaitkan penderma keluarga diraja Arab dengan sumbangan politik yang sah.

Beliau menyifatkan mustahil sejumlah wang sebesar itu dipindahkan tanpa dokumentasi yang telus.

“Pada masa itu, parti politik yang dipimpin tertuduh ialah UMNO, parti terbesar di Malaysia dengan sejarah panjang sejak 1946.

“Mustahil seorang Perdana Menteri tidak menyimpan rekod kewangan yang betul bagi parti yang kononnya menerima jumlah wang sebesar ini,” katanya lagi.

Mahkamah turut menegaskan walaupun dana tersebut didakwa sebagai sumbangan politik, ia tetap tidak menghalalkan penggunaannya jika berasal daripada sumber haram.

“Tujuan penggunaan dana adalah kritikal. Walaupun didakwa sebagai sumbangan politik, dakwaan itu sendiri tidak berasas dan tidak menjadikan penggunaan dana tersebut sah,” tegas hakim.

Sequerah turut menyifatkan hujahan ‘derma Kerajaan Arab Saudi’ sebagai tidak boleh dibangkitkan semula kerana telah diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.

Beliau menggambarkan dakwaan itu sebagai “tidak boleh dipercayai, bercanggah dengan bukti dokumen, dan sebuah kisah yang melebihi cerita-cerita dari Arabian Nights.”

Najib berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh RM2.3 bilion dana 1MDB antara 2011 hingga 2014, selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Najib berdepan hukuman penjara dan denda berat seperti diperuntukkan undang-undang.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026· Isu semasa
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
April 30, 2026· Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
April 30, 2026· Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
2 jam lalu · Politik
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
2 jam lalu · Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
2 jam lalu · Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
22 jam lalu · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok