Wan Saiful Wan Jan.
Dewan Rakyat kecoh buat seketika pada Rabu berikutan persoalan mengenai status Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, yang masih duduk di kerusi pembangkang walaupun dipecat daripada Parti Bersatu.
Kekecohan itu tercetus apabila Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (PH) membangkitkan perkara tersebut semasa sesi persidangan, sambil menyindir tindakan Wan Saiful.
“Kita maklum bahawa Tasik Gelugor telah dipecat oleh parti beliau.
“Kenapa beliau masih duduk di blok atau tempat yang sama? Beliau sekarang ahli Parlimen Bebas atau masih dalam pembangkang atau bagaimana?” soal Poay Tiong.
Wan Saiful kemudiaan bangun memberikan penjelasan berkata, beliau masih dalam tempoh rayuan berhubung keputusan berkenaan.
“Dalam parti kita, ada peraturan yang membolehkan rayuan dijalankan. Sehingga tamat tempoh rayuan itu…” jawabnya.
Namun, penjelasan itu tidak mengubati persoalan Poay Tiong yang terus menyindir dengan bertanya, “Masih lagi mahu kekal dalam Bersatu?” sebelum disampuk oleh Wan Saiful yang menawarkan “kursus mengenai Perlembagaan Bersatu”.
Tidak berpuas hati, Poay Tiong menambah sindiran dengan berkata, “Di luar tentang Pagoh, dalam Dewan Rakyat masih lagi mahu dengan Bersatu?” merujuk kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Lembaga Disiplin Bersatu memutuskan untuk memecat Wan Saiful selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu berikutan aduan bertulis yang diterima.
Tindakan itu diambil selepas sesi pendengaran pada 8 Oktober 2025 dan berdasarkan Fasal 9.1.4 serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
Rafizi sedia hadapi saman RM10 juta dikemuka Farhash di mahkamah nanti
Shahidan kini pengerusi baharu PN Perlis ganti Menteri Besar
Kes hasutan: Papagomo dibebaskan selepas direman sehari
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa