Parti Bersatu.
Parti Bersatu memecat keahlian dua pemimpinnya, iaitu Ketua Bahagian Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali, dan Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustaffa, berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Mohd Radzi Manan, melalui satu notis makluman berhubung langkah pemecatan tersebut kerana kedua-dua individu tersebut didapati telah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
Menurut Mohd Radzi, tindakan ini diambil selepas Lembaga Disiplin menerima aduan bertulis daripada ahli parti terhadap kedua-dua responden.
“Sehubungan itu, Lembaga Disiplin mengambil tindakan menyiasat aduan serta memanggil responden untuk satu sesi pendengaran pada 30 Oktober 2025, dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU,” jelas beliau.
Beliau menegaskan dengan pemecatan itu, semua jawatan yang disandang oleh Mohd Shukor dan Suhaimi dalam parti telah terlucut serta-merta.
“Mereka juga akan dikeluarkan daripada senarai ahli Bersatu dengan serta-merta,” tambahnya.
Bagaimanapun, kedua-dua bekas ketua bahagian itu berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti dalam tempoh 14 hari.
Dalam perkembangan berkaitan, notis yang sama memaklumkan bahawa Ketua Bahagian Pendang, Abdul Razak Khamis, dibebaskan dengan sekadar teguran.
Abdul Razak sebelum ini pernah mempertahankan sikap keras yang didakwa ditujukan kepada oleh Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Tindakan disiplin ini menyusuli beberapa pemecatan sebelum ini, termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dan penggantungan keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana melanggar disiplin apabila mengkritik pemimpin utama parti secara terbuka.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri