Dunia perlu beri tekanan kepada Israel, PMX gesa perdamaian di Asia Barat

June 22, 2025 · Isu semasa

Konflik di Asia Barat perlu diselesaikan secara jalan perdamaian dengan keadilan, gesa Anwar Ibrahim terhadap isu berhubung serangan terhadap Iran dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkata bagi memastikan konflik tidak berlarutan sehingga nyawa insan tidak berdosa terkorban, dunia perlu menekan Israel supaya tidak berterusan membuat penindasan kepada negara lain.

“Untuk perdamaian sebenar, Israel harus ditekan supaya tidak bersikap provokatif dan ganas menyerang negara lain.

“Bila terus menyerang dan membunuh orang, tentu ada tindak balas dari Iran,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Dengan Pimpinan PKR Negeri Sarawak hari ini.

Mengulas serangan terbaru terhadap Iran dan kemungkinan tindak balas negara itu, Anwar menekankan bahawa Malaysia mengambil pendirian yang adil serta konsisten dalam mempertahankan hak asasi manusia.

“Di Gaza, wanita dan kanak-kanak terus dibunuh. Kini Iran pula diserang dan mereka memilih untuk melawan.

“Campur tangan dari kuasa luar termasuk Amerika Syarikat hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya lagi.

Beliau berkata, sebarang ketegangan yang membawa kepada gangguan di Selat Hormuz juga boleh memberi kesan besar kepada ekonomi dunia.

Namun, beliau menegaskan bahawa perkara yang paling utama adalah keselamatan nyawa manusia dan menegakkan keadilan.

“Sekurang-kurangnya, hentikan keganasan ini, jangan hanya meminta Iran supaya tidak bertindak balas, tetapi dalam masa yang sama membenarkan tindakan melampau terhadap mereka,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa suara negara merdeka dan berdaulat kini semakin tenggelam dalam isu keadilan antarabangsa.

“Malaysia terpaksa bersuara, jangan sampai negara berdaulat tidak mampu bersuara tentang hak asasi dan keadilan,” katanya.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
3 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
9 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
9 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok